Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Saturday, September 26, 2009

Adakah berita dari posting ini "BENAR"?

Apabila takbir raya diharamkan di Pulau Pinang

Hari ini 23 September 2009 merupakan hari ulang tahun penubuhan Pas untuk kali ke 58 tahun.

Pada hari ini 23 September 1951 Persatuan Ulama Malaya daripada Umno telah keluar dan menubuhkan parti Pas. Bantahan Dato’ On Jaafar dan Saadun Zubir tetap tinggal bantahan. Tunku tetap meneruskan kerjasama dengan Mca. Ini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan orang Melayu di luar Umno , yang melihat Umno akan ditelan oleh Mca. Disamping itu perpecahan yang semakin jelas dalam masyarakat Melayu. Sejak Dato’ Onn meninggalkan Umno, perpaduan orang Melayu mulai retak. Malah dengan krisis ini juga menyebabkan penubuhan Pas berlaku pada tarikh hari ini. Orang Melayu telah terbahagi kepada tiga kumpulan. Ini tidak termasuk golongan aristokrat Melayu seperti Menteri Besar dan raj-raja Melayu. Ini benar-benar melemahkan orang Melayu; dan memberi peluang kepada Mca dan Cina memilih Umno yang sanggup berkompromi dengan mereka.

Maka sejak itu bermulakan perkataan Umno Kapir , Tunku Abd Rahman Kapir dan sehingga ke hari ini Umno telah dikapirkan oleh Pas. Tetapi Tuhan maka kaya. Hari ini mereka mengkapirkan diri mereka sendiri dengan bersekutu dengan Dap.

Malam Hari Raya lalu , satu berita menyedihkan telah diterima dari Permatang Pauh di masjid Sungai Rambai. Polis telah mengarahkan supaya masjid berhentikan takbir raya kerana melebihi jam 12 tengah malam. Ini juga pertama kali dalam sejarah negara yang berlaku di Pulau Pinang.

Ingat lah bahawa kaum Cina membakar mercun pada hari tahun baru dan cap goh meh bermula jam 12 malam. tetapi tiada siapa pun yang mengarahkan mereka berhenti daripada membuat bising malam-malam. kerana orang Melayu faham budaya mereka. Nik Aziz juga faham akan kelemahan orang cina, sebab tu Nik Aziz tak marah bila Dap menghina Islam.

Dahulu di Kinrara. mereka mengarahkan supaya azan tidak dilaungkan dengan pembesar suara. Ingatlah bahawa sebelum merdeka. Kaum lain telah bersetuju dengan jsu soli yang mana mereka hendaklah memahami adat, agama Islam, bahasa Melayu dan budaya Melayu sebagai syarat untuk menjadi warga negara Persekutuan Tanah Melayu yang kini di sebut Malaysia setelah Singapore, Sarawak dan Borneo Utara merdeka dengan menyertai Malaya.

Melayu mudah lupa. Melayu semakin layu. Melayu sdg kuyu. Kalau Melayu masih tak sedar maka nasi akan menjadi bubur pastu nangislah dgn air mata darah sekali pun sudah pasti tiada lagi kuasa politik Melayu. Ibarat Singapura yang dikuasai kaum lain. Ibarat Pulau Pinang juga. Yang paling baik Melayu bangun sekarang tolak PKR, tolak PAS bersatu dalam UMNO. Hanya satu jalan itu saja ada utk selamatkan kuasa politik Melayu.

11 Comments »

www.wenkt.com/blog/

Monday, September 14, 2009

Untungnya kaum bukan melayu bila ada melayu PAS dan melayu UMNO

Untungnya PAS mendapat sokongan dari kaum india dan cina

Hari ini negara kita Malaysia sudah ada dua kumpulan melayu - melayu UMNO dan melayu PAS. Walaupun pada pandangan biasa ianya tidak ada perbezaan apa2 pun - semuanya sama sahaja - from A to Z.

Mereka hidup bermasyarakat bersama, menunaikan haji ketempat yang sama menyembah tuhan yang sama. Akan tetapi, jika sebut bab politik sahaja, mereka sudah jadi 'macam anjing dengan kucing'!

Malang sungguh nasib kaum melayu ini, mereka tidak sedar bahawa mereka sedang menuju jalan kehancuran.

Mengapa perkara begini boleh berlaku?

Jawapan nya tidak lain tidak bukan kerana gila kuasa, pangkat dan harta kekayaan - tidak kira sama ada pemimpin PAS atau pun UMNO, semuanya sama sahaja.

Mereka tidak sanggup bersatu kerana perasaan dengki dan busuk hari, sanggup mengorbankan agama, bangsa dan negara.

Sekarang PAS lebih mementingkan sokongan kaum kafir dari bangsa melayu/Islam. Demi untuk mendapatkan sokongan kaum kafir, PAS sudah ketepikan perjuangan 'negara Islam' nya. PAS sanggup agama nya di hina dan dipersenda oleh kaum kafir.

Penyokong2 PAS semuanya sudah di 'brain-wash' oleh pemimpin2 PAS dalam ceramah2 nya yang tidak pernah berhenti semenjak dari mula parti itu di tubuhkan. Cara mereka berfikir juga sudah jadi sama macam pengikut ayahpin atau arkam.

Mata dan hati mereka sudah dibutakan, sehingga mereka tidak boleh melihat dan mengtahui apa yang telah dan sedang berlaku disekeliling nya. Mereka lupa segala kesenangan dan kemewahan yang ada hari ini BUKAN dari hasil pemerintahan PAS.

Siang malam mereka berteriak mahukan Malaysia dijadikan negara Islam. Kunun nya UMNO menolak negara Islam. Sedangkan mereka LUPA bahawa parti yang sedang menyokong nya itu juga anti-Islam totok.

Kanak kecil pun boleh berfikir bahawa tidak mungkin DAP dan PKR akan bersetuju dengan cadangan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. "Over my dead body......." kata Karpal Singh.

Tuesday, September 8, 2009

Kemenangan UMNO penting demi maruah bangsa, agama dan negara.

Sudah 7 kali BN/UMNO dikecewakan oleh Pakatan Rakyat. Dimana silap nya? Sudah kah tamat 'posmortem' yang dibuat oleh BN/UMNO mengenai sebab musabab BN/UMNO menerima begitu banyak kekalahan? Jika belum, pasti UMNO akan sekali lagi menerima kakalahan.

Sebenarnya, formula kemenangan BN/UMNO di N31 Bagan Pinang ini sangat mudah, Melayu/Islam mesti bersatu. Jika melayu/Islam bersatu, dengan mudah BN/UMNO dapat memepertahankan kerusi DUN ini dengan mudah. Kita boleh mempertahankan kerusi DUN ini dengan cuma mendapat 51% sokongan kaum melayu/Islam kepada UMNO.

Kemenangan UMNO ini akan membuktikan kekuatan perpaduan kaum melayu/Islam. Inilah masanya kita kaum melayu/Islam bersatu padu mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara.

Sedangkan kaum kafir sudah bersatupadu dalam sebuah parti DAP. Sekarang mereka sedang bersuka ria memerhatikan kaum melayu/Islam berpecah-belah - UMNO dan PAS.

Kekuatan kuasa politik melayu/Islam kini sedang berada ditahap yang sangat lemah. Kaum kafir sedang menikmati hasil kelemahan kuasa politik melayu/Islam ini. Mereka sudah berani bersuara lantang, menuntut hak2 dan cuba menggugurkan hak2 orang melayu/Islam yang ada.

Pergelutan UMNO dan PAS ini sangat merugikan kaum melayu/Islam, bersatulah, kuatkan semula kuasa politik melayu/Islam.

Menyokong PAS sama seperti menyokong DAP dan Hindraf, melemahkan kuasa politik melayu/Islam.