Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Wednesday, November 4, 2009

KERAJAAN PERPADUAN pasti akan terlaksana

UG

Kesedaran orang melayu/Islam terhadap perpaduan ummah semakin mendalam. Kini kaum melayu/Islam sudah sedar dan insaf bahawa perpecahan dalam fahaman politik melayu/Islam sangat merugikan bangsa dan agama Islam.

Hari ini kuasa politik melayu/Islam sudah berpecah tiga, UMNO, PAS dan PKR. Perpecahan ini telah melemahkan kuasa politik melayu/Islam. Jika di biarkan berterusan, akhirnya ianya akan memusnah kan kuasa politik melayu/Islam. Hilang kuasa politik, maka hilanglah kuasa memerintah. Pemimpin2 PAS juga sudah ramai sedar bahawa kaum melayu/Islam mesti bersatu dalam sebuah parti politik.

PAS sudah tidak boleh dipertaruhkan untuk menjaga dan mempertahankan kuasa politik melayu/Islam. Hubungan rapat PAS dengan DAP/PKR ini lah yang akan menyebabkan melayu/Islam hilang kuasa politiknya.

DAP parti serpihan dari PAP yang memerintah Singapura, dengan terus-terang menolak cadangan PAS untuk mengujudkan negara Islam di Malaysia. Sebenarnya DAP menyokong PAS bukan kerana PAS sebuah parti Islam, tetapi cuma untuk mendapat sokongan memperkuatkan parti DAP sahaja.

Misi DAP ini telah berjaya menawan P Pinang, kini PAS telah di pinggirkan atau tersingkir dari pentadbiran P Pinang walaupun PAS banyak membantu DAP menawan P Pinang.

Sebenarnya pemimpin2 PAS sedar perkara ini. Malangnya, kerana mahukan sokongan, PAS sanggup menerima apa2 sahaja - buruk atau baik.