Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Thursday, March 17, 2011

PAS di penghujung jalan

Kemenangan PAS yang tiba2 mendadak naik pada PRU12 yang lepas adalah satu fenomena yang tidak siapa mengjangka. Ianya berlaku bukan kerana PAS jadi kuat dan di terima rakyat dengan secara tiba2. PAS bukan parti pilihan rakyat, sama ada melayu, cina atau india. Ianya juga bukan parti pilihan bagi semua kaum di Sabah dan Sarawak.

Belum pernah tercatat dalam sejarah politik tanah air PAS menang walau satu kerusi DUN atau parliment di Sabah dan Sarawak. Ini membuktikan bahawa PAS tidak diterima oleh rakyat di sana.

Sebenarnya 'durian runtuh' yang di raih oleh PAS pada PRU12 yang lepas berpunca dari masalah kecil dalaman yang berlaku pada BN/UMNO. Penyebab kedua ialah berlakunya sokongan kaum cina dari DAP dan PKR. kita harus faham apakah tujuan kaum cina dan penyokong PKR ini menyokong PAS. Sokongan mereka ini tidak ikhlas dan mengharafkan balasan sokongan dari PAS pula.

DAP dan PKR menyokong PAS bukan kerana perjuangan PAS untuk menegak kan negara islam. DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju dengan perjuangan negara islam PAS.

Hari ini BN/UMNO sudah kembali pulih dan penyokong2 nya yang lari menyokong PAS dan PKR pada PRU12 sudah kembali kepangkuan BN/UMNO. PRK Manik Urai, Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau telah nyata membukti kan kekuatan BN/UMNO. PAS hanya menang tipis di kubu kuat nya Manik Urai dan kecundang di DUN Galas. PAS juga kalah teruk di DUN Tenang, Kerdau dan Galas.

Harapan PAS untuk kembali kuat seperti dalam PRU12 memang tiada lagi. PKR yang menyokong nya semakin parah, ramai pemimpin2 nya sudah lari cabut keluar parti. Penyokong2 nya juga sudah berpaling tadah kembali menyokong BN/UMNO. PKR tinggal 'nyawa2 ikan', sebelum PRU13 pasti parti itu akan menerima nasih yang sama seperti parti Semangat 46 yang sudah berkubur.

PAS juga mengharaf sokongan dari DAP, sebalik nya PAS telah kehilangan sokongan dari kaum melayu/islam kerana bersengkokol dengan DAP. DAP memang anti islam. Itu sebab melayu/islam telah menolak DAP dan seterus nya menolak PAS yang bersengkokol dengan DAP.

DSAI hampir pitam, Tuan Guru cuma tunggu masa untuk meledak kan PAS. PAS sudah tiba kepenghujung jalan.....................

Sunday, March 6, 2011

Kekalahan demi kekalahan - PAS kembali keasalnya.

Pemimpin2 PAS harus musibah diri, PAS bukan parti pilihan rakyat. PRU-12 PAS cuma meraih 23 kerusi  parlimen dan 83 kerusi DUN berbanding dengan 140 kerusi parlimen  dan 307 DUN bagi BN. PAS lupa diri dengan kemenangan 'besar' itu. PAS bertambah sombong dan terus mencaci dan menghina UMNO. PAS harus sedar bahawa UMNO yang di caci hina nya itu ada lah kaum yang sebangsa dan se agama dengan nya.

Apa yang PAS boleh buat dengan 23 kerusi parlimen jika PR berkuasa memerintah negara? Mampukah PAS menubuhkan negara Islam nya dengan 23 suara dalam parlimen? Mungkin PAS mengharaf kan pertambahan kerusi pada PRU-13 akan datang. PAS ber angan2 kunun nya semua kaum melayu/Islam akan bersatu tinggalkan UMNO dan menyokong PAS pula.

Khayalan PAS ini tidak mungkin terjadi. PAS jangan anggap kaum melayu/Islam begitu mudah di perbodohkan. PAS mendapat kecederaan teruk apabila parti itu bergabung (sementara) menghadapi PRU atau PRK dengan DAP dan PKR. Kaum melayu/Islam semua nya sudah faham siapa DAP dan PKR itu. Gabungan PAS, PKR dan DAP boleh di ibarat kan kucing, anjing dan tikus ke dalam sebuah keranjang.

PAS ibarat tikus, mampukan bersaing dengan kucing(PKR) dan anjing(DAP)? Yang pasti kucing dan anjing akan terus bercakaran dan akhirnya tikus juga jadi mangsa makanan si kucing dan anjing.

PAS tidak pernah melakukan apa2 terhadap agama, bangsa dan negara. Sebalik nya PAS menggalak kan perpecahan kaum melayu dan umat Islam. Sekarang melayu sudah terbahagi kepada 4 kumpulan parti politik. Secara langsung ianya telah melemahkan kuasa politik melayu yang bertanggung jawab membela agama, bangsa dan negara.

Kaum melayu bosan dengan permainan politik PAS, 3 PRK yang di adakan membukti kan PAS bukan parti pilihan melayu/Islam.