Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Monday, September 14, 2009

Untungnya kaum bukan melayu bila ada melayu PAS dan melayu UMNO

Untungnya PAS mendapat sokongan dari kaum india dan cina

Hari ini negara kita Malaysia sudah ada dua kumpulan melayu - melayu UMNO dan melayu PAS. Walaupun pada pandangan biasa ianya tidak ada perbezaan apa2 pun - semuanya sama sahaja - from A to Z.

Mereka hidup bermasyarakat bersama, menunaikan haji ketempat yang sama menyembah tuhan yang sama. Akan tetapi, jika sebut bab politik sahaja, mereka sudah jadi 'macam anjing dengan kucing'!

Malang sungguh nasib kaum melayu ini, mereka tidak sedar bahawa mereka sedang menuju jalan kehancuran.

Mengapa perkara begini boleh berlaku?

Jawapan nya tidak lain tidak bukan kerana gila kuasa, pangkat dan harta kekayaan - tidak kira sama ada pemimpin PAS atau pun UMNO, semuanya sama sahaja.

Mereka tidak sanggup bersatu kerana perasaan dengki dan busuk hari, sanggup mengorbankan agama, bangsa dan negara.

Sekarang PAS lebih mementingkan sokongan kaum kafir dari bangsa melayu/Islam. Demi untuk mendapatkan sokongan kaum kafir, PAS sudah ketepikan perjuangan 'negara Islam' nya. PAS sanggup agama nya di hina dan dipersenda oleh kaum kafir.

Penyokong2 PAS semuanya sudah di 'brain-wash' oleh pemimpin2 PAS dalam ceramah2 nya yang tidak pernah berhenti semenjak dari mula parti itu di tubuhkan. Cara mereka berfikir juga sudah jadi sama macam pengikut ayahpin atau arkam.

Mata dan hati mereka sudah dibutakan, sehingga mereka tidak boleh melihat dan mengtahui apa yang telah dan sedang berlaku disekeliling nya. Mereka lupa segala kesenangan dan kemewahan yang ada hari ini BUKAN dari hasil pemerintahan PAS.

Siang malam mereka berteriak mahukan Malaysia dijadikan negara Islam. Kunun nya UMNO menolak negara Islam. Sedangkan mereka LUPA bahawa parti yang sedang menyokong nya itu juga anti-Islam totok.

Kanak kecil pun boleh berfikir bahawa tidak mungkin DAP dan PKR akan bersetuju dengan cadangan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. "Over my dead body......." kata Karpal Singh.

4 comments:

Anonymous said...

melayu UMNO melayu ORI ..... handsome pakai songkok -tapi !!!!! melayu PAS melayu dari padang pasir dari negeri ARAB .... melayu tak boleh HARAP pakai jubah pakai serban - MELAYU PASir

Jeffry said...

SLM BRO..PAS INGAT ISLAM TU DIA PUNYE..DIA INGAT AGAMA TU HAK CIPTA TERPELIHARA UTK DIA AJE?..PALOTAK DIA BERJAMBUL!..HARKK PTUIHH!!

YANG GAMBI said...

Salam, mengapa jadi begitu ?

Inilah yang berlaku apabila kaum-kaum Syi'ah mendakwa mereka lebih Islam, membunuh umat Islam lain yang bertentangan dengan mereka halal bagi mereka.....

Anonymous said...

ENGKAU PEMECAH BELAH RAKYAT

NGKAU sarankan perpaduan rakyat demi keharmonian
Tapi engkau sendiri pecah belah rakyat
Engkau tidak senang dengan tuduhan dan fitnah
Walhal engkau adalah bapa pembawa fitnah
Engkau ajak rakyat jangan berbohong
Tapi engkau telah jadikan berbohong itu sebagai budaya
Engkau kumandangkan Islam
tapi amalan engkau adalah kekufuran
Engkau marah orang lain fanatik dengan pemimpinnya
Tapi pengikut engkau fanatik dengan engkau
Engkau rasa senang dan membenarkan
Baru aku tahu fanatik itu bukan tidak boleh
Ia boleh dilakukan tapi bukan kepada pemimpin lain
Ia boleh dilakukan bahkan mesti dilakukan
kepada engkau sebagai pemimpin
Yang tidak boleh kepada orang lain
tapi kepada engkau boleh
Sampai bila engkau hendak menipu rakyat?
Aku ingatkan kepadamu
Ini adalah akhir zaman, awal kurun Hijriah
Ini adalah giliran Islam
Kalau engkau tidak kembali kepada Tuhan
Engkau pasti jatuh
Engkau akan terhukum di dunia lagi
dengan penuh kehinaan
Sedarlah! Kalau mahu sedar
Sebelum terlambat

(SAJAK DIPETIK DARI SYEIKH ASHAARI MUHAMMAD)