Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Wednesday, February 10, 2010

Jangan terlalu bergembira dengan keputusan hakim mahkamah.

Gegar yang dilangsungkan di markas PAS Cenderong Balai, Teluk Intan


Sokongan kaum cina terhadap DAP adalah PADU

Dalam kita bergembira menyambut keputusan hakim mahkamah jangan kita terlupa atau terlalai bahawa terlalu banyak tugas2 berat yang menanti diatas bahu kita.

Sebenar nya, keputusan hakim yang memehak kepada kita ini cuma buat sementara sahaja. Sehingga tiba nya PRU 13, tugas berat kita ialah untuk memastikan kita boleh kekalkan dan bukti kan bahawa keputusan hakim itu benar dan tepat.

Kita sedang berhadapan dengan parti lawan yang tidak pernah kenal 'putus asa', parti lawan ini sebenar nya tidak pernah berputus asa walauapa pun bencana yang menimpa mereka. Semua peringkat petugas dan penyokong nya berkerja keras siang malam untuk menentang kita.

Petugas2 dan penyokong parti lawan ini sanggup berkerja keras TANPA sebarang upah atau imbuhan. Inilah satu perkara yang tidak terdapat dalam parti kita. Bahkan mereka sanggup berbelanja wang poket sendiri demi memperjuangkan parti mereka.

Malang nya kita masih ditakuk lama - ada wang boleh kerja, takde wang diam saja.

Lebai tidak pernah mis hadir di setiap kali ada cerama PAS@Pakatan Rakyat yang di langsungkan di kawasan Teluk Intan. Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada saja ceramah2 yang di anjurkan. Sambutan nya tak perlu Lebai cerita kan.

Kita kena terima hakikat bahawa kekuatan Pakatan Rakyat tidak serupa dengan yang gembur-gemparkan oleh media2 kerajaan kita. Sebalik nya media kita juga suka sorok kan perkara yang di pandang negetif dalam parti kita.

Cecara mudah nya kita akui, bahawa hampir 90% kaum bukan melayu/islam sudah menyokong PR, ini terbukti dalam PRU12 yang lepas. Hampir semua kawasan majoriti nya bukan melayu telah di menangi oleh PR.

Jika PR berjaya menembusi kubu BN di Sabah dan Sarawak, pasti kita mendapat bale-bencana yang amat besar.

Di kawasan majoriti melayu pula, undi ter pecah kepada tiga kumpulan. Ada melayu yang sokong UMNO, PAS dan PKR. Apabila PAS dan PKR mendapat sokongan dari bukan melayu(DAP) disini kita ada sedikit problem.

Semenja PR diujudkan, tidak ada parti mereka yang hilang wang pertaruhan setiap kali PRK atau PRU di adakan, bah kan mereka berjaya mengatasi BN. Kerajaan kini sedang sebok dengan berbagai program dan agenda untuk mengambalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan. Keberkesanan dan hasil nya belum dapat dinilai dan diketahui sehingga di adakan PRU13 nanti.

Kita berharaf semua rakyat akan sedar dan kembali menyokong sepenuh nya kerajaan yang telah banyak berjasa selama memerintah negara.

Tuesday, February 9, 2010

Pisang tidak berbuah dua kali

Allah selamatkan negeri Perak Darul Ridzuan. Kami kaum melayu/Islam berdoa agar negeri Perak Darul Ridzuan kekal di bawah pemerintahan UMNO/BN.

Kami rakyat negeri Perak benar2 terkilan semasa Pakatan Rakyat memerintah. Walaupun Menteri Besar nya dari wakil PAS, tetapi hampir semua EXCO nya dari kaum bukan Islam.

Apabila kerajaan PR tumbang, kami penduduk negeri Perak sangat gembira dan bershukur kepada Allah yang telah selamatkan kami. Hingga kini kami terus berdoa agar negeri Perak akan terus kekal dibawah perintah UMNO/BN.

Hari ini keputusan mahkamah akan di umumkan. kami sangat yakin dan pasti Allah akan bersama kami. Negeri Perak Darul Ridzuan akan tetap terus kekal di bawah perintah UMNO/BN.

Pasti doa yang benar akan dimakbul kan oleh ALLAH.

Thursday, February 4, 2010

PAS - tunggu apa lagi, tongkang Pakatan Rakyat sudah hampir karam

Belum pun genap setengah penggal Pakatan Rakyat di ujudkan oleh PAS, PKR dan DAP ianya sudah mula retak dan menunggu roboh. Pakatan Rakyat pasti akan roboh sebelum tiba PRU 13.

Yang pasti Kedah akan jatuh kembali kepangkuan BN/UMNO, ada kemungkinan besar Kelantan juga akan dapat ditawan oleh BN/UMNO. Bagi P Pinang agak sukar sedikit kerana pendirian kaum cina sangat berbeza dengan melayu. Pendirian mereka sukar di ramal. Kerana dalam pemikiran mereka cuma mahu cari untung sahaja.

Senario politik hari ini sudah banyak berubah. Ini berlaku disebabkan kebijaksanaan Perdana Menteri kita. Walaupun ada sedikit masalah dalam parti komponen nya terutama MCA. Tetapi ianya sedikit pun tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN pimpinan UMNO.

Kita tidak boleh nafikan lagi bahawa Pakatan Rakyat sudah berada di ambang perpecahan. Mereka sudah tidak sehaluan lagi, PKR bermasalah dengan DAP, begitu juga dengan PAS yang bermasalah dengan PKR dan DAP. Permasalahan mereka ini telah membuat rakyat hilang kepercayaan. Pakatan Rakyat tidak layak memimpin negara Malaysia kerana semua pemimpin2 nya tidak sehaluan.

Yang paling terang dan nyata, sokongan kaum melayu/Islam terhadap Pakatan Rakyat sudah lenyap. Kepada melayu/Islam, PAS bukan parti Islam yang benar2 membela Islam. PAS sudah mengelirukan penyokong2 nya. PAS sanggup bersengkokol dengan DAP, PAS juga sanggup memecah-belahkan kaum melayu/Islam.

Sekarang PAS cuma tinggal nyawa2 ikan sahaja, menunggu saat tiba kematian nya sahaja.

Cacing naik ke mata - Awas! ber hati2, jangan cakap sesuka hati.


Sebenarnya niat pegawai khas PM itu adalah baik, untuk menyedarkan asal-usul kita, serta harus berbudi dan mengenang jasa2 baik pemerintah terhadap kita.

Mereka ini sudah menjadi angkuh dan sombong tidak mahu lagi menerima kenyataan, hinggakan tiada siapa lagi yang boleh menegur sape walaupun ianya cuma berniat baik untuk memperingati asal usul sebenar diri mereka.

Malang nya ucapan beliau disalah anggap dan terus marah tanpa berfikir dengan cara matang. Kita tidak boleh salahkan mereka terhadap perbuatan kurang sopan mereka yang keluar tinggalkan dewan ini. Kini mereka boleh sanggup buat apa saja, kerana mereka tahu bahawa 'ikatan kaum' kita sudah longgar dan lemah.

Mereka telah ambil kesempatan ini untuk bertindak membuat protest terhadap apa juga perkara yang mereka fikirkan tidak selari dengan pemikiran dan kehendak kemahuan mereka.

Jika diperhatikan secara halus, hari ini kita tidak boleh lagi 'tersilap' cakap walau sepatah dua perkataan pun. Mereka akan terus marah melinting dan buat protest hingga ada yang sanggup buat laporan polis dan menyaman.

Keangkuhan mereka ini kerana perpecahan kuasa politik melayu. Mereka sudah ambil kesempatan baik ini sama ada menyokong atau menentang mana2 parti melayu sama ada PAS atau UMNO. Akhirnya kedua2 parti melayu ini terpaksa tunduk dan akur kepada segala kemahuan mereka.

Perpecahan kuasa politik melayu ini jika diteruskan, akhirnya melayu akan dapat dijajah dan dikuasai sepenuh nya oleh kaum asing ini.

Tuesday, February 2, 2010

Kes 'liwat' DSAI patut diselesaikan secepat mungkin


Sepatutnya kes ini diberi keutamaan untuk diselesaikan dengan segera. Sedikit sebanyak kes ini ada kaitan nya dengan negara. Mahkamah sepatutnya tidak lagi membenarkan kes ini di tangguh2 lagi.

Jalan kan sahaja perbicaraan dan berikan keputusan dengan segera sama ada ia benar atau cuma fitnah semata2.

Kini semua rakyat sedang ter tunggu2 untuk mendengar keputusan penghakiman ini. Hanya mahkamah sahaja yang boleh menentukan sama ada YB DSAI bersalah atau tidak. Di haraf semua rakyat bersabar menunggu keputusan perbicaraan ini.

Monday, February 1, 2010

PAS dan Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat yang di laung2 kan oleh PAS, PKR dan DAP selama ini sebenarnya tidak pernah ujud. PAS, PKR dan DAP tetap kekal dengan hala tuju nya masing2. Di Kelantan PAS perintah dengan cara PAS. Di P Pinang DAP pula perintah dengan cara DAP nya. Begitu juga dengan Kedah dan Selangor.

Di Kedah, PAS cuba perintah dengan cara PAS nya, malang nya tidak berhasil setelah di ugut dengan tindakan 'keluar' oleh DAP. PAS terpaksa kena 'runding' dulu dengan DAP jika mahu buat sesuatu hal.

Di P Pinang pula, PAS terus di buang ketepi oleh DAP walaupun ada seorang ADUN PAS. PAS langsung tiada suara di P Pinang.

Di Selangor, walaupun PAS ada 6 ADUN, tetapi suara PAS tidak boleh di terima-pakai dalam Pakatan Rakyat Selangor. PAS hanya ujud sebagai tunggul kayu mati sahaja.

Apa yang berlaku semasa pemerintahan PR di Perak tidak perlu diceritakan lagi kerana ianya sudah selamat selesai.

Pakatan Rakyat sangat kabur jika di tinjau dari segi pakatan nya. PAS, PKR dan DAP masing2 ada agenda tersendiri yang berlainan maksud dan tujuan. Masing2 ada niat jahat tersendiri yang tersembunyi dalam agenda politik mereka.

Jika PR di benarkan berkuasa, negara akan ditimpa bencana.