Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Wednesday, February 10, 2010

Jangan terlalu bergembira dengan keputusan hakim mahkamah.

Gegar yang dilangsungkan di markas PAS Cenderong Balai, Teluk Intan


Sokongan kaum cina terhadap DAP adalah PADU

Dalam kita bergembira menyambut keputusan hakim mahkamah jangan kita terlupa atau terlalai bahawa terlalu banyak tugas2 berat yang menanti diatas bahu kita.

Sebenar nya, keputusan hakim yang memehak kepada kita ini cuma buat sementara sahaja. Sehingga tiba nya PRU 13, tugas berat kita ialah untuk memastikan kita boleh kekalkan dan bukti kan bahawa keputusan hakim itu benar dan tepat.

Kita sedang berhadapan dengan parti lawan yang tidak pernah kenal 'putus asa', parti lawan ini sebenar nya tidak pernah berputus asa walauapa pun bencana yang menimpa mereka. Semua peringkat petugas dan penyokong nya berkerja keras siang malam untuk menentang kita.

Petugas2 dan penyokong parti lawan ini sanggup berkerja keras TANPA sebarang upah atau imbuhan. Inilah satu perkara yang tidak terdapat dalam parti kita. Bahkan mereka sanggup berbelanja wang poket sendiri demi memperjuangkan parti mereka.

Malang nya kita masih ditakuk lama - ada wang boleh kerja, takde wang diam saja.

Lebai tidak pernah mis hadir di setiap kali ada cerama PAS@Pakatan Rakyat yang di langsungkan di kawasan Teluk Intan. Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada saja ceramah2 yang di anjurkan. Sambutan nya tak perlu Lebai cerita kan.

Kita kena terima hakikat bahawa kekuatan Pakatan Rakyat tidak serupa dengan yang gembur-gemparkan oleh media2 kerajaan kita. Sebalik nya media kita juga suka sorok kan perkara yang di pandang negetif dalam parti kita.

Cecara mudah nya kita akui, bahawa hampir 90% kaum bukan melayu/islam sudah menyokong PR, ini terbukti dalam PRU12 yang lepas. Hampir semua kawasan majoriti nya bukan melayu telah di menangi oleh PR.

Jika PR berjaya menembusi kubu BN di Sabah dan Sarawak, pasti kita mendapat bale-bencana yang amat besar.

Di kawasan majoriti melayu pula, undi ter pecah kepada tiga kumpulan. Ada melayu yang sokong UMNO, PAS dan PKR. Apabila PAS dan PKR mendapat sokongan dari bukan melayu(DAP) disini kita ada sedikit problem.

Semenja PR diujudkan, tidak ada parti mereka yang hilang wang pertaruhan setiap kali PRK atau PRU di adakan, bah kan mereka berjaya mengatasi BN. Kerajaan kini sedang sebok dengan berbagai program dan agenda untuk mengambalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan. Keberkesanan dan hasil nya belum dapat dinilai dan diketahui sehingga di adakan PRU13 nanti.

Kita berharaf semua rakyat akan sedar dan kembali menyokong sepenuh nya kerajaan yang telah banyak berjasa selama memerintah negara.

3 comments:

Radio Bangkit said...

AYUH- GERAKKAN SUARA BLOGGER - BEBASKAN JEFFRY DAMIEN - MARI BANTU BERSAMA TUNJUKKAN SEMANGAT KESETIAKAWANAN KITA
AYUH- GERAKKAN SUARA BLOGGER - BEBASKAN JEFFRY DAMIEN - MARI BANTU BERSAMA TUNJUKKAN SEMANGAT KESETIAKAWANAN KITA - HIDUP BLOGGERS YANG MENYOKONG KEBENARAN DAN HAKIKAT PERJUANGAN!!!!!!!!!

GAMBAR ITU HANYALAH SATIRA POLITIK SEMATA! GAMBAR ITU ADALAH PENGAJARAN UTK NIK AZIZ YANG FLIP FLOP. JEFFRY DAMIEN A.K.A DIMENSI MESTI DIBEBASKAN.......

AYUH JERITKAN IANYA DI SINI.... JEFFRY DAMIEN TIDAK BERSALAH - DIA ADALAH RAKAN SEPERJUANGAN KITA - BEBASKAN JEFFRY DAMIEN SEGERA!!!!!!!!

cicitHJHASSANu said...

salam lebai...

ilmu yang penting untuk menyelamat umat dunia akhirat..insyallah

amal jariah penubuhan pusat tarbiyah alhidayah,sama-sama menjayakannya moga ada manfaat bersama...amin

anakmuaallaf said...

Salam Tn Haji,
Markas PAS teluk intan akan buat majlis makan malam bersama DS Nizar.Dapatkan kopun di Intan hijau.Beramal sambil menderma..