Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Tuesday, November 22, 2011

Pandangan di sebalik media cetak dan media elektronik pro kerajaan

Keadaan seperti ini tidak ujud dalam UMNO, mereka semua penyokong PR

Baca suratkhabar dan tonton TV yang dikuasai kerajaan, UMNO/BN memang sedang berada ditahap kemuncak kegemilangan nya. Pemimpin2 BN/UMNO terlalu yakin tiada lagi halangan dan rintangan dalam menghadapi PRU13 akan datang.

Gentera2 BN/UMNO juga berada dalam keadaan bersiap sedia dan perfact 100%. Rakyat sudah bersedia menerima segala arahan dan kehendak kerajaan. Ribuan juta RM sudah dan akan di taburkan sebagai umpan. Di khuatiri nanti umpan habis ikan se ekor pun tidak mendapat.

Jangan terlalu yakin dengan umpan, perkara yang penting ialah menyemai keyakinan rakyat terhadap kepimpinan BN/UMNO. Pada pandangan umum, BN/UMNO masih belum berubah. BN/UMNO sama macam dimasa lampau.

Kerajaan boleh dengan mudah menambat hati penjawat2 awam dengan memberi kenaikan gaji, elaun dan imbuhan. Kesan nya rakyat yang tidak terlibat akan menerima padah buruk. Perbuatan  ini letah menyebabkan kenaikan kos sara hidup.

Photo diatas tadi banyak memberi gambaran keadaan majoriti rakyat, mereka bukan penjawat awam, tiada pendapat tetap, kais pagi makan pagi. Gulungan kaum ini lah yang akan bangun menentang kerajaan dalam bentuk undi.

Banyak faktor menyebabkan kaum bukan melayu masih belum kembali menyokong kerajaan. Jika masih ramai melayu yang tidak puas hati terhadap kerajaan, maka tidak mustahil pula lebih ramai lagi bukan melayu yang tidak puas hati terhadap kerajaan.

Jika tewas, alasan mudah yang selalu kerajaan lemparkan ialah kerana rakyat termakan hasutan parti pembangkang. Kerajaan harus kikis tanggapan bahawa rakyat terlalu tolol dan mudah termakan hasutan. Yang merasai keperitan hidup ialah rakyat, pemimpin2 BN/UMNO yang sedang berkuasa mana boleh merasai keperitan hidup. Mereka hidup mewah, kaya raya, mereka ada jari mas - sentuh apa saja semua nya akan bertukar jadi mas.

Kes Shahrizat dan lembu nya telah banyak membuat rakyat celek mata, walau pun ianya hanya fitnah kata pemimpin2 UMNO. Pada kaca mata rakyat biasa ianya adalah satu bukti kepincangan dalam kerajaan BN/UMNO

Monday, October 31, 2011

PERKASA - menambah kecederaan UMNO

"Gerakan: Ucapan Mahathir 'jijik'
Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Dalpenang gerakan pc 141008 teng hock namam kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan ‘menjijikan’.

Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan "NGO pelampau kanan Melayu" untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya.

“Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia,” kata Teng.

perkasa first agm 270310 kerisPemimpin Gerakan itu merujuk kepada AGM Perkasa Sabtu lalu yang antara lain menyaksikan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada masyarkat Cina agar tidak memeras ugut kerajaan.

Mahathir adalah antara segelintir pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang menghadiri mesyuarat itu. Yang lain termasuk anaknya, Datuk Mukhriz yang juga timbalan menteri perdanganan antarabangsa dan industri serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin."
(sedutan dari : Malaysiakini)
 Tiga perkara buruk tentang keujudan PERKASA.


Pertama :- Keujudan dengan secara langsung ianya telah membayangkan bahawa UMNO telah GAGAL dalam misinya membela nasib kaum melayu. 


Kedua :- Walaupun PERKASA nampak tiada kaitan dengan mana2 parti politik terutamanya UMNO, malangnya ianya telah diasakan, ditubuhkan dan disokong oleh vetran2 UMNO belaka. Ianya termasuk mantan PM Malaysia sendiri. Dengan tersendirinya tanggapan umum menyatakan bahawa PERKASA itu UMNO atau pun sebaliknya UMNO itu PERKASA.


Ketiga :- Dengan tertubuhnya perkasa, hasrat UMNO untuk meraih undi dari kaum bukan melayu akan menjadi bertambah pudar. Tanggapan kaum bukan melayu terhadap PERKASA sangat buruk. Mereka membenci dan menentang nya 100%.


UMNO harus sedar bahawa perkara ini tidak sebegitu mudah untuk memberi penjelasan positiv terhadap PERKASA kepada kaum bukan melayu yang menetang PERKASA. Setakat ini tiada daya usaha yang jelas di buat untuk memberi penjelasan tentang PERKASA kepada bukan melayu.

Thursday, March 17, 2011

PAS di penghujung jalan

Kemenangan PAS yang tiba2 mendadak naik pada PRU12 yang lepas adalah satu fenomena yang tidak siapa mengjangka. Ianya berlaku bukan kerana PAS jadi kuat dan di terima rakyat dengan secara tiba2. PAS bukan parti pilihan rakyat, sama ada melayu, cina atau india. Ianya juga bukan parti pilihan bagi semua kaum di Sabah dan Sarawak.

Belum pernah tercatat dalam sejarah politik tanah air PAS menang walau satu kerusi DUN atau parliment di Sabah dan Sarawak. Ini membuktikan bahawa PAS tidak diterima oleh rakyat di sana.

Sebenarnya 'durian runtuh' yang di raih oleh PAS pada PRU12 yang lepas berpunca dari masalah kecil dalaman yang berlaku pada BN/UMNO. Penyebab kedua ialah berlakunya sokongan kaum cina dari DAP dan PKR. kita harus faham apakah tujuan kaum cina dan penyokong PKR ini menyokong PAS. Sokongan mereka ini tidak ikhlas dan mengharafkan balasan sokongan dari PAS pula.

DAP dan PKR menyokong PAS bukan kerana perjuangan PAS untuk menegak kan negara islam. DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju dengan perjuangan negara islam PAS.

Hari ini BN/UMNO sudah kembali pulih dan penyokong2 nya yang lari menyokong PAS dan PKR pada PRU12 sudah kembali kepangkuan BN/UMNO. PRK Manik Urai, Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau telah nyata membukti kan kekuatan BN/UMNO. PAS hanya menang tipis di kubu kuat nya Manik Urai dan kecundang di DUN Galas. PAS juga kalah teruk di DUN Tenang, Kerdau dan Galas.

Harapan PAS untuk kembali kuat seperti dalam PRU12 memang tiada lagi. PKR yang menyokong nya semakin parah, ramai pemimpin2 nya sudah lari cabut keluar parti. Penyokong2 nya juga sudah berpaling tadah kembali menyokong BN/UMNO. PKR tinggal 'nyawa2 ikan', sebelum PRU13 pasti parti itu akan menerima nasih yang sama seperti parti Semangat 46 yang sudah berkubur.

PAS juga mengharaf sokongan dari DAP, sebalik nya PAS telah kehilangan sokongan dari kaum melayu/islam kerana bersengkokol dengan DAP. DAP memang anti islam. Itu sebab melayu/islam telah menolak DAP dan seterus nya menolak PAS yang bersengkokol dengan DAP.

DSAI hampir pitam, Tuan Guru cuma tunggu masa untuk meledak kan PAS. PAS sudah tiba kepenghujung jalan.....................

Sunday, March 6, 2011

Kekalahan demi kekalahan - PAS kembali keasalnya.

Pemimpin2 PAS harus musibah diri, PAS bukan parti pilihan rakyat. PRU-12 PAS cuma meraih 23 kerusi  parlimen dan 83 kerusi DUN berbanding dengan 140 kerusi parlimen  dan 307 DUN bagi BN. PAS lupa diri dengan kemenangan 'besar' itu. PAS bertambah sombong dan terus mencaci dan menghina UMNO. PAS harus sedar bahawa UMNO yang di caci hina nya itu ada lah kaum yang sebangsa dan se agama dengan nya.

Apa yang PAS boleh buat dengan 23 kerusi parlimen jika PR berkuasa memerintah negara? Mampukah PAS menubuhkan negara Islam nya dengan 23 suara dalam parlimen? Mungkin PAS mengharaf kan pertambahan kerusi pada PRU-13 akan datang. PAS ber angan2 kunun nya semua kaum melayu/Islam akan bersatu tinggalkan UMNO dan menyokong PAS pula.

Khayalan PAS ini tidak mungkin terjadi. PAS jangan anggap kaum melayu/Islam begitu mudah di perbodohkan. PAS mendapat kecederaan teruk apabila parti itu bergabung (sementara) menghadapi PRU atau PRK dengan DAP dan PKR. Kaum melayu/Islam semua nya sudah faham siapa DAP dan PKR itu. Gabungan PAS, PKR dan DAP boleh di ibarat kan kucing, anjing dan tikus ke dalam sebuah keranjang.

PAS ibarat tikus, mampukan bersaing dengan kucing(PKR) dan anjing(DAP)? Yang pasti kucing dan anjing akan terus bercakaran dan akhirnya tikus juga jadi mangsa makanan si kucing dan anjing.

PAS tidak pernah melakukan apa2 terhadap agama, bangsa dan negara. Sebalik nya PAS menggalak kan perpecahan kaum melayu dan umat Islam. Sekarang melayu sudah terbahagi kepada 4 kumpulan parti politik. Secara langsung ianya telah melemahkan kuasa politik melayu yang bertanggung jawab membela agama, bangsa dan negara.

Kaum melayu bosan dengan permainan politik PAS, 3 PRK yang di adakan membukti kan PAS bukan parti pilihan melayu/Islam.

Tuesday, February 15, 2011

Perjuangan PAS yang pasti akan menghancurkan kuasa melayu/Islam

Lebih 60 tahun PAS berjuang untuk menegak kan negara Islam. Berbagai taktik telah di lancarkan untuk meraih sokongan dari rakyat terutamanya melayu yang beragama Islam. Setelah gagal, PAS memberi ugutan pula kepada kaum melayu yang beragama Islam - UNDI UMNO KAFIR!

PAS telah mengsahkan bahawa parti UMNO adalah parti KAFIR kerana berjuang bersama MCA dan MIC. Dengan ertikata UMNO bersengkokol dengan kaum kafir. Istilah kafir mengafir yang di laungkan oleh PAS inilah yang telah memberi banyak kerosakan perpaduan melayu/Islam. Seterusnya PAS telah berjaya memecah belahkan kaum nya sendiri.

Pemimpin2 PAS terdiri dari orang yang berpengetahuan tinggi tentang keilmuan Islam termasuk sejarah dan hukum hakam Islam. Sepatutnya mereka sedar dan tahu mengapa kerajaan Islam di Spain runtuh setelah berkuasa memerintah selama lebih 500 tahun.

Keruntuhan kuasa Islam di Spain di sebabkan pemimpin2 Islam berpecah belah berebut kuasa untuk meluaskan jajahan masing2. Orang2 kafir telah mengambil kesempatan untuk menghancurkan kedudukan pemerintahan Islam. Satu demi satu kawasan jajahan Islam jatuh ketangan kafir. Akhirnya kuasa Islam di Spain hancur hingga kehari kiamat.

Sedari lah wahai pemimpin PAS yang budiman dan lagi bijaksana bahawa perkara yang telah berlaku kepada kerajaan Islam Spain sedang rancak berlaku di tahan air kita ini. Islam sudah mula tidak dihormati lagi oleh penduduk kafir. Orang2 Islam sudah tidak berani bersuara lantang tentang Islam kerana takut hilang sokongan dari kafir.

Sebenarnya Islam sudah hampir terpijak di bawah telapak kaki orang kafir.

Kepada kaum Islam yang benar2 cintakan agama, bangsa dan negaranya segeralah bangun bertindak sebelum terlambat. Tinggalkan perjuangan PAS yang tidak pernah memberi apa2 faedah, sebalik nya akan mendatangkan bala bencana kepada kaum melayu/Islam

Monday, February 7, 2011

Sekali lagi PAS akan di malu kan di DUN N27 Merlimau

N27 MERLIMAU
Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)
(Majoriti: 5,087 undi)

PAS masih tidak masih tidak serik setelah tumbang di N5 DUN Tenang. Sepatutnya PAS sedar diri bahawa parti itu sudah tidak diterima oleh umat Islam. DUN Tenang yang majoriti penduduknya lebih kurang sama dengan yang Islam dan bukan Islam pun PAS kalah teruk. Ini kan pula N27 DUN Merlimau yang majoriti penduduk nya kaum Islam jauh melebihi kaum bukan Islam.

Kini PAS cuma berharap sokongan dari penyokong DAP keturunan cina sahaja, sedangkan bilangan kaum cina cuma 21.11% sahaja. Harapan untuk PAS untuk menawan N27 DUN Merlimau adalah 'O', langsung tiada harapan. Untuk menjaga maruah PAS harus berundur atau serahkan kepada PKR untuk bertanding.

Kali ini penduduk Merlimau harus mengajar keangkuhan PAS dengan membuah tentangan sehingga PAS hilang wang pertaruhan nya. Perkara ini tidak mustahil untuk di laku kan kerana Melaka memang terkenal dengan kegagahan pahlawan2 nya menentang musuh di zaman Hang Tuah.

Kaum Islam harus menentang habis habisan parti PAS yang telah mengkhianati bangsa, agama dan negara kerana bersengkokol dengan DAP. Penduduk Merlimau terdiri dari 64.69% melayu/Islam berdasarkan fakta ini memang sangat tipis untuk PAS menakluki DUN Merlimau.

Thursday, February 3, 2011

N5 DUN Tenang - banyak memberi pengajaran kepada PAS

PAS harus sedar bahawa N5 DUN Tenang telah memberi amaran bahawa kaum melayu/Islam menolak PAS secara total. Selain dari itu kaum bukan melayu juga sudah hilang kepercayaan nya terhadap PAS. Kini sekali lagi PAS di uji di N27 Merlimau pula. Nampak nya PAS sudah memahami isyarat yang di berikan oleh kaum melayu/Islam di Tenang. Dengar khabarnya PAS telah memberi laluan kepada PKR untuk menjadi calun PR di Merlimau.

Jika PAS sudah kurang yakin sepatutnya PKR akan lebih tidak yakin berjaya menawan DUN Merlimau. Pakatan Rakyat cuma buang masa, tenaga dan wang ringgit sahaja. Kekalahan sudah pasti menunggu. Rakyat Melaka khasnya di DUN Merlimau sudah dan sedang menikmati banyak pembangunan dan kemajuan dalam semua hal yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan BN.

Rakyat Melaka bukan nya mudah untuk di permainkan oleh PR. Boleh dikatakan sudah tidak ada lagi isu2 yang boleh dibangkitkan untuk memancing undi supaya menyokong PR. Mereka boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Selama ini apakah jasa2 yang diterima oleh rakyat Melaka dari PR? Jawapan nya tidak ada apa2 langsung.

Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP, PAS dan PKR sedang di landa berbagai masalah. Parti yang bermasalah tidak mungkin boleh memerintah dengan baik.

Friday, January 28, 2011

Politik main tarik2 'tarik tali' Interlok

Satu peringat kepada bangsa ku yang masih tidak sedarkan untung nasib buruk yang bakal menimpa kita. Episod buruk yang telah berlaku terhadap nobel sastrawan negara memberi peringatan penting kepada orang melayu. Nobel yang sangat baik dan mempunyi ciri2 nilai murni untuk menyedarkan dan menyatukan pelbagai kaum yang ujud dinegara telah dipertikaikan.

Ianya telah dimasuk kan kegelanggang politik. Akhirnya menjadi seperti perlawanan sukan tarik tali antara pihak yang mempertikaikan dan pemerintah. Diakhir perlawanan pehak kerajaan tersungkur juga. Dalam memberi keputusan, semestinya pehak kerajaan bertegas dengan apa yang terkandung dalam isi cerita nobel itu.

Nobel ini telah dihasil kan oleh sastrawan negara - bukan calang2 orang. Jika dibuat atau dilakukan sebarang pindaan, maka tercemarlah hasil karyawan yang sangat unggul ini. Bukan setakat itu sahaja, ianya juga melibatkan banyak perkara yang lain juga. Satu perkara yang perlu diambil perhatian berat ialah tentang "tuntutan", jika kerajaan berlemah atau mengalah, pasti kerajaan akan menghadapi berjuta2 tuntutan lagi dimasa hadapan.

Tuntutan mereka terhadap Interlok yang sepatutnya tidak perlu  ini cuma sebagai permulaan sebagai testing ground sahaja.

Jika berjaya, pasti banyak lagi tuntutan yang akan mereka tuntut. Ini lah natijah buruk yang menimpa kaum kita jika kuasa politik sudah menjadi lemah.