Keadaan seperti ini tidak ujud dalam UMNO, mereka semua penyokong PR
Baca suratkhabar dan tonton TV yang dikuasai kerajaan, UMNO/BN memang sedang berada ditahap kemuncak kegemilangan nya. Pemimpin2 BN/UMNO terlalu yakin tiada lagi halangan dan rintangan dalam menghadapi PRU13 akan datang.
Gentera2 BN/UMNO juga berada dalam keadaan bersiap sedia dan perfact 100%. Rakyat sudah bersedia menerima segala arahan dan kehendak kerajaan. Ribuan juta RM sudah dan akan di taburkan sebagai umpan. Di khuatiri nanti umpan habis ikan se ekor pun tidak mendapat.
Jangan terlalu yakin dengan umpan, perkara yang penting ialah menyemai keyakinan rakyat terhadap kepimpinan BN/UMNO. Pada pandangan umum, BN/UMNO masih belum berubah. BN/UMNO sama macam dimasa lampau.
Kerajaan boleh dengan mudah menambat hati penjawat2 awam dengan memberi kenaikan gaji, elaun dan imbuhan. Kesan nya rakyat yang tidak terlibat akan menerima padah buruk. Perbuatan ini letah menyebabkan kenaikan kos sara hidup.
Photo diatas tadi banyak memberi gambaran keadaan majoriti rakyat, mereka bukan penjawat awam, tiada pendapat tetap, kais pagi makan pagi. Gulungan kaum ini lah yang akan bangun menentang kerajaan dalam bentuk undi.
Banyak faktor menyebabkan kaum bukan melayu masih belum kembali menyokong kerajaan. Jika masih ramai melayu yang tidak puas hati terhadap kerajaan, maka tidak mustahil pula lebih ramai lagi bukan melayu yang tidak puas hati terhadap kerajaan.
Jika tewas, alasan mudah yang selalu kerajaan lemparkan ialah kerana rakyat termakan hasutan parti pembangkang. Kerajaan harus kikis tanggapan bahawa rakyat terlalu tolol dan mudah termakan hasutan. Yang merasai keperitan hidup ialah rakyat, pemimpin2 BN/UMNO yang sedang berkuasa mana boleh merasai keperitan hidup. Mereka hidup mewah, kaya raya, mereka ada jari mas - sentuh apa saja semua nya akan bertukar jadi mas.
Kes Shahrizat dan lembu nya telah banyak membuat rakyat celek mata, walau pun ianya hanya fitnah kata pemimpin2 UMNO. Pada kaca mata rakyat biasa ianya adalah satu bukti kepincangan dalam kerajaan BN/UMNO
No comments:
Post a Comment