Satu peringat kepada bangsa ku yang masih tidak sedarkan untung nasib buruk yang bakal menimpa kita. Episod buruk yang telah berlaku terhadap nobel sastrawan negara memberi peringatan penting kepada orang melayu. Nobel yang sangat baik dan mempunyi ciri2 nilai murni untuk menyedarkan dan menyatukan pelbagai kaum yang ujud dinegara telah dipertikaikan.
Ianya telah dimasuk kan kegelanggang politik. Akhirnya menjadi seperti perlawanan sukan tarik tali antara pihak yang mempertikaikan dan pemerintah. Diakhir perlawanan pehak kerajaan tersungkur juga. Dalam memberi keputusan, semestinya pehak kerajaan bertegas dengan apa yang terkandung dalam isi cerita nobel itu.
Nobel ini telah dihasil kan oleh sastrawan negara - bukan calang2 orang. Jika dibuat atau dilakukan sebarang pindaan, maka tercemarlah hasil karyawan yang sangat unggul ini. Bukan setakat itu sahaja, ianya juga melibatkan banyak perkara yang lain juga. Satu perkara yang perlu diambil perhatian berat ialah tentang "tuntutan", jika kerajaan berlemah atau mengalah, pasti kerajaan akan menghadapi berjuta2 tuntutan lagi dimasa hadapan.
Tuntutan mereka terhadap Interlok yang sepatutnya tidak perlu ini cuma sebagai permulaan sebagai testing ground sahaja.
Jika berjaya, pasti banyak lagi tuntutan yang akan mereka tuntut. Ini lah natijah buruk yang menimpa kaum kita jika kuasa politik sudah menjadi lemah.
1 comment:
Siap
Post a Comment