Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Tuesday, February 15, 2011

Perjuangan PAS yang pasti akan menghancurkan kuasa melayu/Islam

Lebih 60 tahun PAS berjuang untuk menegak kan negara Islam. Berbagai taktik telah di lancarkan untuk meraih sokongan dari rakyat terutamanya melayu yang beragama Islam. Setelah gagal, PAS memberi ugutan pula kepada kaum melayu yang beragama Islam - UNDI UMNO KAFIR!

PAS telah mengsahkan bahawa parti UMNO adalah parti KAFIR kerana berjuang bersama MCA dan MIC. Dengan ertikata UMNO bersengkokol dengan kaum kafir. Istilah kafir mengafir yang di laungkan oleh PAS inilah yang telah memberi banyak kerosakan perpaduan melayu/Islam. Seterusnya PAS telah berjaya memecah belahkan kaum nya sendiri.

Pemimpin2 PAS terdiri dari orang yang berpengetahuan tinggi tentang keilmuan Islam termasuk sejarah dan hukum hakam Islam. Sepatutnya mereka sedar dan tahu mengapa kerajaan Islam di Spain runtuh setelah berkuasa memerintah selama lebih 500 tahun.

Keruntuhan kuasa Islam di Spain di sebabkan pemimpin2 Islam berpecah belah berebut kuasa untuk meluaskan jajahan masing2. Orang2 kafir telah mengambil kesempatan untuk menghancurkan kedudukan pemerintahan Islam. Satu demi satu kawasan jajahan Islam jatuh ketangan kafir. Akhirnya kuasa Islam di Spain hancur hingga kehari kiamat.

Sedari lah wahai pemimpin PAS yang budiman dan lagi bijaksana bahawa perkara yang telah berlaku kepada kerajaan Islam Spain sedang rancak berlaku di tahan air kita ini. Islam sudah mula tidak dihormati lagi oleh penduduk kafir. Orang2 Islam sudah tidak berani bersuara lantang tentang Islam kerana takut hilang sokongan dari kafir.

Sebenarnya Islam sudah hampir terpijak di bawah telapak kaki orang kafir.

Kepada kaum Islam yang benar2 cintakan agama, bangsa dan negaranya segeralah bangun bertindak sebelum terlambat. Tinggalkan perjuangan PAS yang tidak pernah memberi apa2 faedah, sebalik nya akan mendatangkan bala bencana kepada kaum melayu/Islam

4 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..LAMA X NAMPAK MANE PEGI? PASNGOK BERJUANG PUN ATAS DASAR LEMAH 'TENAGE BATIN'. TU PASAL DLM BLOG2 PEMBANGKANG BYK JUAL UBAT KUAT. BILA KENE SONDOL DGN DAPNGOK TERUS LONGLAI. TAK TAHAN LAMA SEHH. ADOIYAIIII

TESLAMARIN said...

mohon link bro

TESLAMARIN said...

MINTAK CEDOK SKIT, BACKLINK AND CREDIT AS A RETURN.

Lebai Mangkuk said...

Slm kepada semua yang sudi jenguk blog lebai.

Hello bro jef, lebai susah sikit nak up date, masalah broad band di kawasa baru lebai pindah.

Sdr teslamarin, blog anda sudah selamat di senarai dalam blog list lebai.