Sahabat Lebai
Islam wajib bersatu
Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.
Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.
Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.
Saturday, January 31, 2009
Friday, January 30, 2009
PENGERUSI UMNO PERAK : PERLANTIKAN NAJIB HINA ORANG PERAK ~ Ref Malaysiakini
Persoalaannya, tidak adakah lagi pemimpin Umno dari negeri Perak yang layak untuk Tajol Rosli yang meletakkan jawatan semalam.
Saturday, January 24, 2009
Kehidupan keluarga
- Lihat juga: Wanita dan Islam
Unit asas dari masyarakat Islam adalah keluarga, dan Islam mentaksirkan kewajipan dan hak sah dari ahli keluarga. Ayah dilihat secara kewangannya bertanggungjawab untuk keluarganya, dan wajib untuk memenuhi untuk keperluan mereka. Pembahagian pewarisan dispesifikkan dalam Al-Qur'an, iaitu menyatakan bahawa kebanyakannya ialah untuk melaluinya ke keluarga segera, manakala sebahagian diletak ke tepi untuk pembayaran hutang dan pembuatan pewasiatan. Perkongsian wanita untuk pewarisan lazimnya separuh dari lelaki dengan pewarisan yang sama hak.[107] Perkahwinan dalam Islam merupakan kontrak sivil iaitu terdiri dari tawaran dan penerimaan antara dua parti yang layak dengan kehadiran dua saksi. Pengantin lelaki diperlukan untuk membayar satu hadiah pengantin perempuan (mahr) kepada pengantin perempuan, seperti yang disyaratkan dalam kontrak.[108]
Seorang lelaki mungkin mempunyai hingga empat isteri jika si suami percaya dia boleh melayani mereka sama rata, manakala seorang perempuan hanya mempunyai satu suami. Di kebanyakan negara Muslim, proses penceraian dalam Islam dikenali sebagai talaq, iaitu si suami memulakan dengan menyebut kata "cerai".[109] Sarjana tak setuju samada teks suci Islam mempertahankan amalan tradisional Islam seperti selubung dan pemencilan (purdah). Bermula pada abad ke-20, reformis sosial Islam bertelagah terhadap ini dan amalan lain seperti poligami, dengan kejayaan berbeza. Pada masa sama, ramai wanita Islam telah cuba menyelaraskan tradisi dengan kemodenan dengan menggabungkan kehidupan aktif keserdehanaan luaran. Sesetengah kumpulan Islamis seperti Taliban telah mencuba untuk meneruskan hukum tradisional seperti yang digunakan kepada wanita.[110]
Friday, January 23, 2009
Dilema Boikot Saya
- Saya sudah tidak lagi mengunjungi KFC, Mc Donald dan Pizza Hut.
- Minuman Milo, Nescaffe dan barangan berjenama Nesttle tidak lagi menjadi pilihan saya.
- Tesco tempat kami sekeluarga membeli belah sebulan sekalipun tidak dikunjungi lagi.
- Manakala barang-barang boikot lain, memang dari dulu tidak dipakai.
Tapi sampai bila?????
Tengok Coca-cola, Pepsi dan Ice Cream, bagai nak bergaduh dengan anak-anak. Itu belum lagi dilema semasa memilih susu Majdi.
Pendekkata; hidup kita selama ini berlegar di sekitar barangan Amerika. Barangan makanan, minuman, pakaian, tempat lepak, tak termasuk artis dari Amerika.
Jadi sekali lagi....sampai bila?
Nasib baik, rokok tidak pernah menjadi isu. Kalau tidak jenuh nak gulung daun nipah. Walaupun kadang-kadang dalam sehari mesti terbau juga asap yang paling saya benci itu.
Alternatifnya ada. Saya boleh minum Raddix, makan burger Ramly tepi jalan, air sirap. Tapi sampai bila? Anak-anak yang dari kecil membesar dengan jenama Amerika; bagai tak sampai hati saya menahannya.
Cuma, Alhamdulillah setakat ini, taktik saya buat tahu aje...menjadi. Tapi sampai bila????
Lalu bermesyuaratlah saya pagi tadi dengan Madiha dan Madhi - dalam perjalanan ke sekolah - keputusan mesyuarat?
Kita tunggu perwatakan presiden ke 44 Amerika yang mengangkat sumpah semalam; Barrack Obama terhadap kekejaman Zionis laknatullah. Kita tunggu samada boikot diteruskan atau balik sebagaimana asal.
Noktah.
Thursday, January 22, 2009
Tuesday, January 20, 2009
Mkini- Hindraf Makkal Sakthi to Obama : Help to close KEMTA too
Hindraf to Obama: Help close Kamunting camp, too
Jan 20, 09 4:01pm
The Hindu Rights Action Force (Hindraf) has sought the help of US president-elect Barack Obama to close the Kamunting detention camp in Taiping, Perak.
Four Hindraf members made the plea in a press statement issued today, saying that the movement welcomes Obama’s decision to close the camp for suspected militants in Guantanamo Bay.
Wednesday, January 21, 2009
Hebatnya Pakatan Rakyat
Mai ambik satu
' Api suci'
Gambar sape pulak ni?
Aduh! Lapo nye!
Makan kenyang2 ye abah
Don't worry, ada banyak lagi
Kita protest lagi!!!
Ini le untung nye kalau sokong PKR
Hidup DSAI!!!!
Kita muslim kan ye mak! Tak leh pakai 'api cuci'.
Kalau pakai 'lilin merah' mcm colok ni boleh
kan ye mak.
Mali! mali! mali!, kita pasang colok.
Ehsan dari: Hindraf.com
Tuesday, January 20, 2009
Parti Tindakan Demokratik
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Parti Tindakan Demokratik | |
---|---|
Ketua | Lim Guan Eng (Setiausaha Agung) Lim Kit Siang (Pemimpin di Parlimen) Karpal Singh (Pengerusi) |
Diasaskan | Oktober 1965 |
Ibu pejabat | No 24, Jalan 20/9 Paramount Garden, 46300 Petaling Jaya Selangor |
Ideologi/pendirian politik rasmi | Demokrasi sosial Keadilan sosial |
Parti Tindakan Demokratik (DAP: Democratic Action Party) adalah parti serpihan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP: People's Action Party) di Singapura yang diasaskan pada Oktober 1965 sebelum didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian sebagai salah satu parti politik Malaysia, pada 18 Mac 1966. Parti Tindakan Demokratik (DAP) berfungsi sebagai sebuah parti demokratik sosial yang "berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen." (Pengisytiharan Setapak, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967).
Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali.
Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Sosialis Antarabangsa (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland.
DAP mencapai pencapaian tertinggi pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 ketika berjaya menembusi kubu kuat BN di Pulau Pinang. DAP berjaya menewaskan Gerakan di semua parlimen yang ditandingi parti komponen BN itu. Pada 10 Mac 2008, Lim Guan Eng diambil sumpahnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang keempat, menewaskan Pemangku Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon.
[sunting] Sejarah penubuhan
DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.
Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditingalkkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.
Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.
Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.[1]
[sunting] Tabung Amanah Sosialis Demokratik
Devan Nair mengumumkan penubuhan Tabung Amanah Sosialis Demokratik pada 19 April 1966 dengan tujuan menyokong kewangan parti dalam pilihan raya dan memenuhi harapan dan aktiviti sosialisme demokratik. Ahli Jawatankuasa tabung ini ialah Devan Nair, Chen Man Hin, Goh Hock Guan dan Dr Seevaranam. Tabung ini berjaya mengumpul bantuan kewangan dari masyarakat Cina bandar. Ekoran itu juga banyak cawangan DAP ditubuhkan di seluruh negara kerana mempunyai kewangan yang kukuh.
[sunting] Kebangkitan Lim Kit Siang
Ketika inilah munculnya Lim Kit Siang selaku pembantu kepada Devan Nair . Namanya terus popular kerana lantang mengkritik dasar lemah lembut yang diamalkan oleh MCA. Lim kit Siang muncul dalam surat-surat khabar Cina pada 20 Mei 1967 dan sejak itu bidasan-bidasan Lim Kit Siang terhadap dasar patriotik MCA tersiar dalam kebanyakan surat khabar Cina.
Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaitu Rocket diterbitkan buat pertama kali. Lim kit Siang selaku ahli Exco DAP telah menggunakan Rocket mengecam MCA yang mengikut telunjuk UMNO. Lim Kit Siang juga selalu mencabar pemimpin-pemimpin UMNO yang mahu mengekalkan semua artikel dalam Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan Lim Kit Siang mahu Malaysia mengamalkan dasar 'Malaysian Malaysia' iaitu satu dasar yang selaras dengan prinsip sosialis. Baginya masalah masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum , tidak bersatu dan miskin hanya dapat diselesaikan melalui dasar ini. Masyarakat Cina bandar amat tertarik dengan slogan yang diwarwarkan oleh Lim Kit Siang ini dan dibuktikan melalui Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Lim Kit Siang menang di parlimen Kota Melaka pada 1969.
[sunting] Pengunduran Devan Nair
Devan Nair merupakan ahli parlimen tunggal PAP di kawasan Bangsar, Selangor , berdekatan dengan Kuala Lumpur . Apabila beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 , Devan Nair telah menetap di Kuala Lumpur. Pada 30 Julai 1967, Devan Nair menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kebangsaan DAP. Majlis terpaksa menerima keputusan Devan Nair dan setuju melantik Naib Setiausaha Agung memangku jawatan Setiausaha Agung.
Sebenarnya Devan Nair tidak berhasrat tinggal lama di Malaysia. Beliau telah dijemput oleh Lee Kuan Yew untuk menjadi Presiden Singapura . Tawaran itu tentulah tidak dapat ditolak oleh beliau begitu sahaja walaupun beliau dilahirkan di Melaka.
K.S Das selaku pengerusi DAP Johor Bahru telah dipilih sebagai Naib Setiausaha dan Daing Ibrahim sebagai Naib Setiausaha Kedua. Mesyuarat agung itu juga menerima Pengisytiharan Setapak seabagai panduan kepada halatuju DAP pada masa hadapan. Pengisytiharan Setapak telah diadakan pada 29 Julai 967 dan merupakan Persidangan Kebangsaan DAP yang pertama.
[sunting] Pakatan sosialis antarabangsa
Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia membentuk Socialist International (SI) dalam Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland. Pihak keselamatan Malaysia melihat kehadiran DAP di Zurich ini dengan hati-hati kerana sosialis 'adik' kepada komunis.
[sunting] Mesyuarat Agung DAP pertama
DAP mengadakan mesyuarat agung Perwakilan DAP yang pertama pada 17 Mac 1968 di Kuala Lumpur. Lebih 200 wakil dari 37 cawangan DAP di seluruh negara telah hadir.
Hasilnya satu jawatankuasa pusat DAP telah ditubuhkan . Ahli-ahlinya adalah semua ahli-ahli jawatankuasa penaja.
Semenjak Devan Nair mengundurkan diri dari pucuk pimpinan DAP, Dr Chen Man Hin dan Goh Hock Guan tidak henti-henti mengunjungi semua cawangan di seluruh negara bagi mengukuhkan keahlian DAP dan meningkatkan kerjasama sesama ahli . Sehingga MAC 1969, DAP berjaya menubuhkan 65 cawangan di Malaysia.
[sunting] Pemimpin DAP ditahan ISA
Kelantangan Lim Kit Siang dan lain -lain pemimpin DAP menyebabkan mereka ditahan oleh polis dan sesetengahnya ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada 1969 Lim kit Siang ditahan tanpa bicara selama 18 bulan di bawah ISA. Pada 1979 sekali lagi beliau ditahan kerana mendedahkan perjanjian senjata antara kerajaan Malaysia dengan syarikat Switzerland.
Tahun 1987 , Lim Kit Siang dan lain-lain telah ditahan dalam 'Operasi Lalang' selama dua tahun kerana mengancam keselamatan negara. Keberanian dan keikhlasan perjuangan Lim Kit Siang menyebabkan beliau sukar disanggah oleh pemimpin bawahan. Perjuangan DAP dianggap sama dengan perjuangan Lit kit Siang dan ini tidak baik untuk kelangsungan sesebuah parti politik.
[sunting] Pakatan pembangkang 1969
DAP lebih bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Dr Chen Man Hin dan lain-lain pemimpin setuju bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina pakatan bagi menghadapi Perikatan . DAP telah bekerjasama dengan secara langsung dan tidak langsung dengan parti Gerakan , Parti Progresif Rakyat dan PAS tentang pembahagian kerusi semasa pilihan raya 1969. Prinsip yang dipakai ialah hanya satu calon pembangkang berlawan dengan Perikatan. Dato Mohd Ari selalu Presiden PAS bersedia bekerjasama dengan DAP ini tindakan ini mengejutkan tokoh-tokoh politik.
DAP telah meletakkan 23 calon parlimen dan 48 calon untuk Dewan Undangan Negeri . Hasil kerjasama pembahagian kerusi ini cukup menguntungkan DAP kerana DAP berjaya merebut 13 kerusi Parlimen dan 31 buah kerusi Dewan Undangan Negeri. DAP memperolehi 11.9 peratus daripada jumlah undi sah yang dibuang dan merupakan pencapaian yang cukup membanggakan. Hasil pakatan DAP dan PAS ini menyebabkab Perikatan gagal mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang dan gagal membentuk kerajaan mutlak di Perak dan Selangor.
(peristiwa 13 Mei berlaku)
Parti Gerakan ( sewaktu itu pembangkang) telahpun mengadakan kerjasama dengan PAS.
[sunting] Pilihan raya 1978
Kerjasama antara PAS dan DAP diadakan secara tidak langsung . Biasanya PAS akan bertanding sebagai pemecah undi di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu. Dikatakan pengundi Melayu akan mengundi calon PAS. Pengundi Cina terpaksa memilih calon DAP atau calon MCA. Biasanya calon DAP lebih beruntung.
Dalam pilihan raya 1978, parti PAS 'menghadiahkan' kawasan parlimen Damansara , Bukit Mertajam dan Beruas serta DUN Gopeng kepada DAP. DAP pula membantu PAS memdapatkan kawasan Kuala Kurau di Perak.
[sunting] Pilihan raya 1990
DAP telah berpakat dengan parti pembangkang seperti Semangat 46, PSRM, HAMIM dan PAS. Tetapi kerjasama ini tidak begitu berjaya kerana perbezaan ideologi yang ketara antara DAP dengan PAS dan Semangat 46. Pemimpin PAS dan DAP sering berdolak-dalik dalam menentukan hubungan yang bakal dimetri menjelang pilihan raya.
Pengundi Cina tidak dapat menerima kerjasama antara DAP dengan PAS . Akibatnya DAP hanya mendapat 10 kerusi parlimen sahaja. Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kubu kuat mereka di Pulau Pinang.
[sunting] Pilihan raya 1995
Dalam pilihan raya 1995, DAP menang 9 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN.
[sunting] Pilihan raya 1999
Dalam pilihan raya 1999 , DAP menang 10 kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN. Lim Kit Siang dikalahkan pertama kali dalam pilihan raya umum 1999 sejak beliau bertanding dalam pilihan raya.
[sunting] Pilihan raya 2004
Pilihan raya 2004 menyaksikan DAP menang di 12 kawasan Parlimen. Lim Kit Siang menang mudah di kawasan Ipoh Timur. Begitu juga dengan Karpal Singh di Pulau Pinang.
[sunting] Pilihan raya 2008
DAP kini diketuai Setiausaha Agung, Lim Guan Eng. Lim merupakan anak kepada Setiausaha Agung sebelumnya, Lim Kit Siang. DAP terkenal dengan Karpal Singh, seorang peguam yang berani menentang Mahkamah Malaya. DAP dan PAS akur dengan Anwar Ibrahim selaku penasihat Parti Keadilan Rakyat agar hanya satu calon pembangkang bertanding menentang Barisan Nasional.
Sejak 1995 , matlamat DAP lebih realistik iaitu mengurangkan majoriti 2/3 yang dibolot oleh Barisan Nasional. Projek Tanjung I, II dan III gagal menguasai Pulau Pinang malah pengundi Cina terhadap DAP semakin merosot di Pulau Pinang. Projek Tanjung IV tidak dilancarkan kerana Tanjung IV bermaksud 'Tanjung mati ' dalam bahasa Cina. Tetapi sindiran Lim Kim Yaik itu ternyata meleset.
[sunting] Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Perak
- DAP memenangi kerusi DUN di Pulau Pinang(19), Perak (18), Selangor(13), Negeri Sembilan (10) , Melaka(5), Johor (4), Pahang (2), Kedah (1) dan Sabah (1).
DAP berjaya membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang dengan kerjasama PKR dan Lim Guan Eng dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Malah DAP akan menjadi Menteri Besar Perak jika mendapat perkenan/budi bicara Sultan Perak yang mana Sultan Perak mempunyai hak mengetepikan salah satu atau kedua-dua syarat yang terdapat pada Perlembagaan Negeri Perak yang mensyaratkan seorang Menteri Besar Perak seorang Melayu dan beragama Islam.
[sunting] Letak jawatan
Sepanjang tahun 1969 hingga 1982, hampir 28 ahli DAP telah menarik diri atau dipecat dari parti itu dengan pelbagai alasan. Antaranya ialah Pengerusi DAP Selangor iaitu Goh Hock Guan . Pada 1972 Richard Ho selaku ahli Parlimen Sitiawan telah meletakkan jawatan.
Perdebatan berlaku antara Lee Lam Thye dengan Lee Kim Sai hingga hampir-hampir berlaku Pilihan Raya Kecil kawasan Seputeh. Lee Lam Thye merupakan seorang pemimpin yang sederhana dan banyak bekerja untuk orang ramai di kawasan Menglembu, ipoh , Perak. Lee Lam Thye pernah mengikuti rombongan Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Tembok Besar China dan melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri China. Akhirnya Lee Lam Thye meletakkan jawatan dari kepimpinan DAP.
Pada Februari 2008, ahli parlimen Batu Gajah iaitu Fong Foo Kuan merajuk dengan kepimpinan DAP Perak. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Lim Kit Siang telah menang di kawasan Ipoh Timur. Tindakan Lim Kit Siang yang asyik berpindah-randah kawasan hanya membuktikan beliau diterima di seluruh negara tetapi gagal menjiwai permasalahan rakyat tempatan.
DAP tidak bebas daripada kritikan politik keluarga. Anak Karpal Singh iaitu Gobind Singh Deo telah bertanding di parlimen negeri Johor. Anak Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng telah dilantik menjadi Setiausaha Agung DAP dan akan bertanding di Pulau Pinang. Sementara Betty Chew Gek Cheng telah menjadi ahli dewan undangan negeri Melaka kawasan Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka.
Home > About Us > Leadership > National | |||||||||||||||
National | |||||||||||||||
|
|
|
| ||||||||||||
|
|
|
| ||||||||||||
|
|
|
| ||||||||||||
|
|
|
| ||||||||||||
|
|
|
| ||||||||||||
|
|
| |||||||||||||
|
|
|
| ||||||||||||
|
|
|
Ini lah kehebatan Parti DAP kita cuma ada 2 orang melayu (muslim) dlm parti kita.
lebai mangkuk akan menjadi calun yg ke3
Matlamat Dan Asas Perjuangan Politik | Emel |
Matlamat dan asas perjuangan politik kami termaktub di dalam 17 perkara di bawah :
- Membentuk masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu;
- Menyemai rasa hormat untuk sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen dan menyokong hak dan kuasa rakyat, serentak dengan usaha berterusan untuk meningkatkan rangka politik negara sesuai dengan harapan dan kepentingan rakyat;
- Mengasaskan dan menyemai kedaulatan undang-undang, media dan kehakiman yang bebas serta institusi keselamatan yang mendaulatkan prinsip-pinsip professionalisme;
- Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan untuk semua;
- Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk meperkembangkan peranan agama dan nilai-nila sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhak, kemanusiaan dan kemuliaan insan;
- Menjamin Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sambil menjamin hak semua warganegara mengguna, mempelajari dan dididik dalam bahasa-bahasa lain; dan menyemai pembangunan kebudayaan dan kesenian Islam berasaskan unsur-unsur penting warisan kebudayaan yang ada di negara ini;
- Memperkembangkan sistem Persekutuan yang adil, bertanggungjawab dan demokratik yang mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kuasa kerajaan Persekutuan;
- Memperkasakan kemuliaan insan, nilai-nilai keinsanan dan budaya penyayang, mendaulatkan hak asasi manusia, dengan komitmen teguh terhadap prinsip kewibawaan dan akauntabiliti dalam bidang-bidang ekonomi, politik dan pentadbiran;
- Membentuk ekonomi yang adil dan dinamik, yang mementingkan pertumbuhan dan juga pengagihan yang saksama, yang bebas daripada ketidakadilan, yang tidak bertepatan dan pembaziran, sambil mengatasi kemiskinan dan mencegah kekayaan tertumpu pada satu-satu pihak;
- Menjamin, berasaskan prinsip keadilan, kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak digunakan semata-mata untuk meningkatkan status sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terpinggir, dan keperluan yang saksama dibuat untuk golongan miskin dan terpinggir bukan Melayu dan bukan Bumiputera, ke arah mencapai keadilan untuk perpaduan nasional;
- Memberikan kemudahan sosial seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, dan kenderaan awam pada kos berpatutan sesuai dengan tanggungjawab sosial kerajaan, terutamanya buat kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana;
- Memperkembangkan dan melindungi hak bekerja, gaji yang saksama, keselamatan di tempat kerja dan kualiti kehidupan untuk semua;
- Memperkukuhkan kedudukan wanita dalam masyarakat, menyemai dan melindungi hak-hak dan kepentingan mereka dan menjamin yang mereka dapat menikmati status sama rata dan tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi;
- Menyemai hak belia dan pembangunan penuh potensi mereka dan menjamin penglibatan bermakna belia dalam segala lapangan kehidupan;
- Membaiki mutu kehidupan Orang Asal sambil menghormati adat resam mereka, melaksanakan program pembangunan yang sesuai menerusi perundingan dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat mereka;
- Melindungi alam sekitar daripada kerosakan, mengelakkan pencemaran sambil meningkatkan kualiti alam sekitar dan memastikan pembangunan bersifat lestari;
- Menggalakkan sistem antarabangsa yang saksama dan demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas dan beretika, membina persekitaran yang sesuai untuk masyarakat bermaklumat yang boleh menghadapi cabaran globalisasi sambil menolak unsur-unsur proses globalisasi yang mengancam kepentingan rakyat, negara dan umat manusia, dan melindungi ekonomi, politik dan keselamatan negara daripada dikiblatkan kepada kepentingan kuasa-kuasa besar dunia.