Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Friday, January 23, 2009

Dilema Boikot Saya

  1. Saya sudah tidak lagi mengunjungi KFC, Mc Donald dan Pizza Hut.
  2. Minuman Milo, Nescaffe dan barangan berjenama Nesttle tidak lagi menjadi pilihan saya.
  3. Tesco tempat kami sekeluarga membeli belah sebulan sekalipun tidak dikunjungi lagi.
  4. Manakala barang-barang boikot lain, memang dari dulu tidak dipakai.

Tapi sampai bila?????

Tengok Coca-cola, Pepsi dan Ice Cream, bagai nak bergaduh dengan anak-anak. Itu belum lagi dilema semasa memilih susu Majdi.

Pendekkata; hidup kita selama ini berlegar di sekitar barangan Amerika. Barangan makanan, minuman, pakaian, tempat lepak, tak termasuk artis dari Amerika.

Jadi sekali lagi....sampai bila?

Nasib baik, rokok tidak pernah menjadi isu. Kalau tidak jenuh nak gulung daun nipah. Walaupun kadang-kadang dalam sehari mesti terbau juga asap yang paling saya benci itu.

Alternatifnya ada. Saya boleh minum Raddix, makan burger Ramly tepi jalan, air sirap. Tapi sampai bila? Anak-anak yang dari kecil membesar dengan jenama Amerika; bagai tak sampai hati saya menahannya.

Cuma, Alhamdulillah setakat ini, taktik saya buat tahu aje...menjadi. Tapi sampai bila????

Lalu bermesyuaratlah saya pagi tadi dengan Madiha dan Madhi - dalam perjalanan ke sekolah - keputusan mesyuarat?

Kita tunggu perwatakan presiden ke 44 Amerika yang mengangkat sumpah semalam; Barrack Obama terhadap kekejaman Zionis laknatullah. Kita tunggu samada boikot diteruskan atau balik sebagaimana asal.

Noktah.

No comments: