Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO perlu bertindak segera untuk menawan negeri2 yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Tindakan segera yang paling berkesan perlu diambil sebelum terlambat. Apa yang kerajaan lakukan hari ini nampaknya tidak akan mendatangkan hasil yang positif. Kedudukan BN dari segi sokongan tidak banyak berubah. Jika ianya berterusan bengini pasti kerajaan BN akan menghadapi masalah pada PRU13 akan datang.
Langkah pertama yang mesti dilaku kan oleh kerajaan BN ialah MENGUBAH/MEROMBAK SEMULA PERSEMPADANAN KAWASAN PILIHAN RAYA.
Terutamanya di kawasan bilangan penduduk kaum bukan melayu yang padat, kawasan ini perlu di perluaskan, contoh: dua atau tiga kawasan(bahagian) dijadikan satu bahagian sahaja. Ini akan dapat mengurangkan bilangan kerusi yang akan dimenangi oleh parti lawan.
Di kawasan yang padat penduduk melayu nya pula patut di pecahkan dari satu bahagian kepada dua atau tiga bahagian, dengan ini bilangan kerusi untuk BN/UMNO.
Strategi diatas sangat sesuai dilaksanakan di P Pinang, Perak dan Selangor. Kerajaan terpaksa buat begini kerana trend pengundi kaum cina dan india sudah terpesong kearah perkauman - Seperti apa yang telah berlaku di P Pinang.
Semua pengundi kaum cina dan india menyokong DAP. Mereka menolak secara total MCA, MIC dan Gerakan, mereka anggap parti2 ini pro-UMNO.
Malangnya, ada juga kaum melayu yang membabi-buta menyokong DAP, sedangkan DAP sah dan nyata anti-melayu dan anti-islam.
Tetapi Lebai rasa hari ini kaum melayu/Islam sudah sedar, mereka telah banyak menyaksikan tentang keburukan Pakatan Rakyat yang dikuasai oleh DAP dan PKR. PAS cuma mereka (DAP/PKR) anggap seperti 'anjing kurap' dalam Pakatan Rakyat.
Tidak salah untuk mengubah persempadanan Pilihan Raya, kerajaan perlu bertindak segera sebelum terlambat. Selamatkan bangsa, agama dan negara.
3 comments:
salam bro,
ini idea yang baik.moga ds najib akan bertindak segera.
SLM PAK LEBAI..KLU LAH KT PENANG DAN PERAK TU BLH BUAT PERSEMPADAN IKUT PERATUSAN PENDUDUK MMG MOLEK SGT. KLU DI BIARKAN LAMA2 MAKIN JAUH LA SMANGAT 1M'SIA
salam lebai...
memang bn akan melakukan 'pecah dan perintah' setiap 2 penggal bagi setiap parlimen,lebih la lagi untuk pru-13....
masalahnya senjata telah makan tuan.
lebih baik disarankan kepada kerajaan terutamanya PM Najib agar mendidik rakyat se-malaya supaya berilmu dan berakhlak mulia...
supaya mereka dapat mengenal yang mana intan mana permata dalam memilih pemimpin semoga Malaya aman makmur..wallahua'lam.
sekadar tambahan
Post a Comment