Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Friday, October 30, 2009

Bijaknya kaum cina berpolitik

Kaum cina adalah terdiri dari kaum paling bijak berniaga dan berpolitik. Kebijaksanaan nya berpolitik ini telah terbukti apabila mereka berjaya dapat menguasai Singapura sepenuhnya tanpa masalah besar.

Orang melayu harus sedar dan insaf mengapa pulau Temasik ini terlepas ketangan cina. Adakah ianya disebabkan kebebalan orang melayu berpolitik?

Kini dengan jelas mereka sudah mula memainkan peranan nya untuk menguasai politik ditanah air kita pula.

Semenjak negara merdeka kaum cina ini berganding rapat dengan UMNO dalam BN. Kini mereka telah dapat menguasai ekonomi negara ini. Kini sudah tiba pula masanya untuk mereka menguji kebolehan nya dalam menguasai politik pula.

Ujian ini telah mereka tunjulkan pada PRU12 yang lepas, hasilnya mereka berjaya menawan P Pinang.

Sekarang orang melayu sudah tiada pilihan lain selain dari BERSATU, jika orang melayu gagal disatukan, pasti orang melayu akan kehilangan kuasa politiknya secara total.

Tuesday, October 20, 2009

Cahaya Bulan semakin pudar


PAS telah gagal memperlihatkan atau menunjulkan parti nya sebagai sebuah parti yang dominant dan ada kuasa authoriti dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di P Pinang, Selangor dan (Perak semasa bawah perintah PR). Pada pandangan umum, PAS cuma dilihat sebagai sebuah parti yang menempil sahaja dalam PR.

Perbuatan PAS yang sangat 'terover' mempertahankan kejatuhan kerajaan PR di Perak telah banyak membuat rakyat Malaysia meluat terhadap PAS. Sebenar nya semasa PR memerintah Perak, DAP lah yang paling berkuasa. MB dari parti PAS cuma jadi symbol 'puppet' ruler sahaja. Bukan kaum melayu di negeri Perak sahaja telah merasakan mereka telah di perintah oleh DAP dan PKR, tetapi kaum melayu di seluruh negara juga telah merasakan Perak bukan di perintah oleh PAS.

Malang nya, PAS mempertahankan keadaan ini dengan menyatakan bahawa kami memerintah atas dasar 'pakatan rakyat'. Tetapi sebalik nya kita tinjau pula ke P Pinang, Adakah P Pinang diperintah atas dasar 'pakatan rakyat'? Jika ya, mengapa PAS terpinggir dari EXCO negeri P Pinang walaupun PAS ada seorang wakilnya?

Penilaian rakyat akan pasti mengembalikan kekuatan UMNO sebelum PRU13 nanti.

Friday, October 16, 2009

Kebijaksasaan Kaum Bukan Melayu Berpolitik

Kaum bukan melayu memang bijak berpolitik. Setiap kali PRU atau PRK diadakan mereka sentiada dapat mengaut keuntungan yang sangat besar bagi kaum mereka.

Malangnya kaum melayu berkelahi sesama sendiri setiap kali bila diadakankan PRU atau PRK. Apakah hasil keuntungan yang mereka perolehi?

Petualang besar dalam 'perkelahian diantara dua kumpulan melayu ini ialah PAS. Melayu berpecah belah kerana hasutan oleh PAS. Ceramah2 PAS telah berjaya mempengaruhi sebahagian kecil kaum melayu membenci kerajaan. Hasilnya, bilangan kecil ini lah yang sangat memberi keuntungan kepada parti pembangkang terutamanya DAP.

Sebenarnya kekuatan PAS pada PRU12 yang lepas ialah dari sokongan kaum bukan melayu. Kini bukan melayu sudah mula sedar bahawa PAS BUKAN 'rakan kongsi' yang baik bagi mereka. Maka pada PRK DUN Bagan Pinang mereka sudah tunjuk kan belang nya. Hasilnya PAS kalah teruk di Bagan Pinang.

PAS harus sedar dan menerima kenyataan bahawa sokongan kaum bukan melayu terhadap perjuangan Islam dalam PAS cuma mainan politik sahaja.

Monday, October 12, 2009

Perjuangan PAS sudah ditolak rakyat

Sepanjang hayat penyokong PAS ber mati-matian memperjuangkan untuk menubuhkan sebuah negara Islam bagi Malaysia. Malang nya perjuangan itu kini telah di abaikan oleh pemimpin2 PAS.

Pemimpin2 PAS sudah berubah haluan arah tuju perjuangan asalnya. Ini berlaku kerana pemimpin2 PAS sudah sanggup bersengkokol dengan DAP dan PKR. Sedangkan pemimpin2 PAS ini mengetahui bahawa DAP anti-Islam dan PKR juga tidak pernah bersuara menyokong hasrat PAS untuk menubuhkan negara Islam.

Kini rakyat sudah nampak jelas bahawa perjuangan PAS tidak ada matlamat dan tujuan khusus lagi. Menyokong PAS cuma membuang masa dan tenaga, bahkan ianya juga akan merugikan bangsa, agama dan negara.

Selama ini UMNO sudah cukup membukti keberkesanan nya terhadap memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Jika dibandingkan kehidupan orang melayu 50 tahun dahulu dengan hari ini, ianya sangat jauh berbeza seperti langit dengan bumi. Hari ini kita hidup aman makmur dan sejahtera. Semua ini adalah berkat dari pemerintahan kerajaan BN yang bijaksana.

Wednesday, October 7, 2009

UMNO menempah maut kerana mencalunkan Isa Samad


Isa Samad telah menjalani hukuman 'gantung' kerana politik wang. Kini beliau telah hidup dilahirkan semula sebagai anak kecil yang bersih seperti sehelai kain putih tanpa sebarang dosa. Ini ialah riwayat hidup serba ringkas Isa Samad.

Bagaimana pula dengan UMNO, adakah UMNO sudah dihukum kerana selama ini telah mengamalkan politik wang?

Sebenarnya UMNO sudah pun menerima amaran dari rakyat pada PRU12 yang lepas. Rakyat menolak dan membenci amalan politik wang dalam UMNO. Jika amaran ini tidak di endah kan oleh UMNO, maka pada PRU13 nanti UMNO akan menerima hukuman berat - 'gantung sampai mati!'

Hari ini masih lagi terdapat ramai pemimpin UMNO yang terlibat politik wang memegang berbagai jawatan dalam UMNO. Ini bermakna bahawa UMNO masih lagi belum bersih dari politik wang.

UMNO sepatutnya sudah bersih, tiada seorang pun yang terlibat politik wang boleh berada dalam pucuk pimpinan UMNO. Ini akan menjadikan UMNO bersih dari politik wang. Malang nya UMNO masih lagi berada di takuk lama.

Kini kita akan menunggu pula apa hukuman dari rakyat kepada UMNO yang telah mencalunkan Isa Samad untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang. Apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh rakyat terhadap Isa Samat dan UMNO. - hidup atau mati!