Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Friday, March 26, 2010

Kedudukan PKR semakin terancam...............

PKR akan menerima ujian yang paling besar di P94 Hulu Selangor. Bedasarkan komposisi bilangan kaum di P94 sangat sesuai untuk menentukan sama ada PKR masih kuat atau pun BN/UMNO sudah pulih.

BN tidak akan menghadapi masalah besar untuk merampas kembali P94 dari pembangkang. Kini kedudukan BN sedang berada kembali kelandasan nya. Boleh lah dikatakan BN sudah boleh diterima oleh semua kaum.

Ada kemungkinan besar Pakatan Rakyat  tidak meletak kan calun dari PKR, sebalik nya PR akan meletakan calun dari PAS pula. Keadan buruk yang sedang berlaku dalam PKR akan mengundang malang jika PKR masuk bertanding.

Bagi BN pula, jika P94 dikekalkan kepada MIC, ada kemungkinan sejarah lama akan berulang. BN lebih selamat jika P94 diserahkan kepada UMNO. Harapan untuk menang lebih cerah jika calun UMNO di beri peluang bertanding di P94.

Kekuatan PR tidak boleh dipandang remeh. Sokongan kaum bukan melayu terhadap PR masih lagi kuat. Jika 20% sahaja kaum melayu memehak kepada PR, pasti BN akan kecundang sekali lagi.

Jika di analisa pada keputusan PRU12, ada kemungkinan BN akan dapat merampas kembali P94 dengan majoriti yang lebih besar.

Wednesday, March 10, 2010

Seruan dan ingatan kepada Pemimpin2 dan Penyokong2 PAS dan PKR

 Di bawah ini posting dari :-
guru pencen

Di Malaysia ini kita tidak nampak secara zahir perbezaan diantara melayu UMNO dengan melayu PAS. Mereka bersembahyang di masjid yang sama, berimamkan imam yang sama. Dikala berlaku kematian mereka pun ber sama2 juga menyempurnakan jenazah. Semasa kenduri kendara pun mereka bersama turut hadir dan makan bersama.

Malang nya, jika tersebut sahaja bab kepartian, mereka akan terus berperang dan berpecah-belah macam kumpulan Hamas dan Fatah. Kumpulan Hamas dan Fatah yang tidak mahu bersatu telah menjadi lemah, boleh di lanyak2 oleh Isreal.

Inilah yang akan berlaku tidak lama lagi terhadap kaum UMNO dan PAS yang tidak mahu bersatu ini. Sungguh malang, kaum melayu/Islam cuma berada kurang dari 60% di Malaysia. Sedangkan ianya sudah berpecah-belah pula, menjadikan kekuatan melayu/Islam ini sudah menjadi lebih kurang 30% sahaja.

Hari ini kaum bukan melayu/kafir sudah bersatu dalam sebuah parti - iaitu DAP. Kekuatan kaum kafir ini bertambah kuat dengan adanya sokongan dari kaum melayu/Islam PAS dan PKR. Dalam sedikit masa lagi kaum kafir ini pasti akan dapat menguasai dan memerintah kaum melayu/Islam yang sudah berpecah-belah ini.

Jangan sudah terhantuk baru mahu tengadah - kalau nasi jadi bubur masih boleh dimakan lagi, tetapi kalau nasi sudah jadi arang baru lah melayu/Islam mati kelaparan di bumi nya sendiri.

Peringatan kepada kaum melayu yang menyokong PAS dan PKR, sebenarnya anda semua sedang bermula menghancurkan kaum melayu/Islam. Menyokong PAS dan PKR bermakna anda menyokong DAP.

Kepada para pemimpin2 PAS dan PKR(yang beragama Islam) serta penyokong2 nya, lupa kan persengketaan politik, perkukuhkan perpaduan kaum melayu/Islam demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Monday, March 8, 2010

Perbalahan Politik Melayu

Kaum melayu sedang menuju kearah kehancuran. Kini kaum ini sedang berusaha ber sungguh2 untuk menghancurkan sekelimut perpaduan yang masih ujud dalam rumpun melayu ini.

Melayu semakin lemah dan sudah tidak dihormati oleh kaum2 bukan melayu. Kaum bukan melayu ini semakin berani dan bertambah kurang ajar terhadap kaum melayu. Mereka sudah berani bersikap kurang ajar ini kerana kelemahan kaum melayu sendiri. 

Kaum melayu sudah berpecah dan tidak bersatu. Kelemahan melayu ini sudah diambil kesempatan oleh mereka untuk menekan melayu. Mereka tahu bahawa kaum melayu terpaksa tunduk dan akur kepada semua kehendak mereka.

Jikasekiranya melayu bersatu, makan tiada siapa yang boleh menggangu gugat bangsa melayu. Tidak mustahil satu hari nanti melayu akan merempat dan menjadi perlarian ditanah air nya sendiri.

Hingga kini tidak ada nampak usaha2 yang jelas sama ada dari kerajaan yang memerintah atau pembangkan untuk menyatu kan melayu. Apa ada terdengan cuma dari pehak NGO sahaja. NGO akan gagal dalam misinya untuk menyatukan melayu kerana perpecahan melayu ini hanya berlaku di dalam politik sahaja.

Selagi parti2 politik melayu ini gagal bersatu, selagi itu lah melayu akan menjadi satu bangsa yang lemah. Kaum bukan melayu sudah nampak nyata keperkasaan nya, mereka sudah berani dan lantang menyanggah kedudkan melayu. Keberanian mereka ini se mata2 kerana mereka sudah bersatu di dalam sebuah parti politik iaitu DAP.

DAP akan menjadi sebuah parti politik yang sangat kuat hasil dari sokongan penuh oleh kaum bukan melayu. Parti ini juga akan  menjadi sebuah parti yang akan memerintah negara dengan sokongan PAS dan PKR.

Monday, March 1, 2010

Bermula dari sini...........


Satu demi satu pemimpin PKR sudah mula tinggalkan parti serpihan UMNO yang dah mula roboh. Ia nya bermula dengan dua orang ADUN PKR di negeri Perak, Dua orang ADUN PKR bersama seorang ADUN DAP telah berjaya menumbang kan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.

Selepas itu satu demi satu pemimpin2 PKR ini sudah mula tinggalkan PKR. Besar kemungkinan sebelum PRU13 menjelang PKR akan bubar. Ianya akan bubar seperti Semangat 46 dibubarkan satu ketika dulu.

Sebenarnya PKR ini tidak banyak bezanya dengan Semangat 46 yang sudah lama mati itu. Ke dua2 parti ini dibentuk dari serpihan ahli2 UMNO yang belot dan keluar parti. Parti ini juga di sokong oleh ahli2 yang  ter ikut2 sama pemimpin nya yang tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan UMNO.

PKR seperti juga Semangat 46, ianya tidak kukuh dan tidak punya pendirian yang tetap. Ahli2 nya masih lagi kuat berpegang kepada semangat UMNO. Jika ada peluang atau diberi peluang pasti mereka akan melompat balik kepada UMNO.

Kebanyakan pemimpin2 PKR ini memang tidak sesuai berjuang bersama PAS atau pun DAP dalam Pakatan Rakyat. Ke tiga2 parti ini tidak sehaluan perjuangan nya, PAS untuk negara Islam, PKR untuk merampas kuasa dari UMNO dan DAP untyuk memperjuangkan kaum cina dan india sahaja. Tambah buruk lagi DAP anti melayu/Islam.

Berkuasanya DAP di P Pinang telah mempamirkan sifat dan sikap buruk nya. DAP telah melupakan jasa2 PAS dan PKR yang telah banyak berjasa membantu nya menawan P Pinang. PAS terus dilupakan oleh DAP, PAS langsung tidak nampak ujud di P Pinang walaupun ada seorang ADUN nya.

Walaupun PKR diberikan jawatan kerana bilangan ADUN nya ramai dari PAS tetapi keujudan nya dalam EXCO dipandang sebagai sampah sahaja. Inilah yang telah menyebabkan beberapa orang ADUN PKR berasa tidak puas hati dan keluar dari Pakatan Rakyat.

Jika dinilai secara kasar, tidak pernah ujud pakatan dalam negeri2 yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Lihat sahaja Kelantan dan Kedah, ianya di tadbir 100% oleh PAS. P Pinang pula di tadbir 100% oleh DAP. Di Selangor pula walaupun secara kasarnya ia nampak di tadbir oleh Pakatan Rakyat, tetapi DAP lah yang lebih nampak berkuasa.

Negara akan musnah jika ianya di tadbir dengan cara Pakatan Rakyat yang tidak sepakat ini.