Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.
Showing posts with label PAS/PKR. Show all posts
Showing posts with label PAS/PKR. Show all posts

Monday, March 8, 2010

Perbalahan Politik Melayu

Kaum melayu sedang menuju kearah kehancuran. Kini kaum ini sedang berusaha ber sungguh2 untuk menghancurkan sekelimut perpaduan yang masih ujud dalam rumpun melayu ini.

Melayu semakin lemah dan sudah tidak dihormati oleh kaum2 bukan melayu. Kaum bukan melayu ini semakin berani dan bertambah kurang ajar terhadap kaum melayu. Mereka sudah berani bersikap kurang ajar ini kerana kelemahan kaum melayu sendiri. 

Kaum melayu sudah berpecah dan tidak bersatu. Kelemahan melayu ini sudah diambil kesempatan oleh mereka untuk menekan melayu. Mereka tahu bahawa kaum melayu terpaksa tunduk dan akur kepada semua kehendak mereka.

Jikasekiranya melayu bersatu, makan tiada siapa yang boleh menggangu gugat bangsa melayu. Tidak mustahil satu hari nanti melayu akan merempat dan menjadi perlarian ditanah air nya sendiri.

Hingga kini tidak ada nampak usaha2 yang jelas sama ada dari kerajaan yang memerintah atau pembangkan untuk menyatu kan melayu. Apa ada terdengan cuma dari pehak NGO sahaja. NGO akan gagal dalam misinya untuk menyatukan melayu kerana perpecahan melayu ini hanya berlaku di dalam politik sahaja.

Selagi parti2 politik melayu ini gagal bersatu, selagi itu lah melayu akan menjadi satu bangsa yang lemah. Kaum bukan melayu sudah nampak nyata keperkasaan nya, mereka sudah berani dan lantang menyanggah kedudkan melayu. Keberanian mereka ini se mata2 kerana mereka sudah bersatu di dalam sebuah parti politik iaitu DAP.

DAP akan menjadi sebuah parti politik yang sangat kuat hasil dari sokongan penuh oleh kaum bukan melayu. Parti ini juga akan  menjadi sebuah parti yang akan memerintah negara dengan sokongan PAS dan PKR.

Friday, January 8, 2010

Herald Weekly bikin PAS dan PKR terkangkang.

Sebenarnya pemimpin2 PAS lebih arif dan tahu mengapa 'Herald Weekly' ber sungguh2 mahukan kalimah 'Allah' diguna pakai dalam terbitan nya setiap minggu.

Malang sungguh bagi penyokong2 PAS yang mengharaf kan perjuangan PAS terhadap Islam telah dikhianati. Pemimpin2 PAS langsung tidak menyatakan bantahan terhadap Herald Weekly mengunakan kalimah Allah.

Sebaliknya melalui presiden parti PAS kenyataan nya se olah2 menyokong dan menguatkan lagi sokongan nya melalui tafsiran dari potongan ayat2 Al Quran.

Lebai memang kurang arif tentang tafsir menafsir Al Quran. Tetapi tentang niat dan tujuan Herald Weekly mahukan kalimah Allah diguna pakai dalam makallah nya memang ada niat dan unsur tidak baik.

Herald Weekly adalah salah satu alat yang paling berkesan dalam misi DAKWAH agama kristian di dunia.

Herald Weekly diterbitkan dalam berbagai bahasa, termasuk bahasa melayu. Sebaran nya sangat meluas dan percuma.

Apa yang sangat 'merisaukan' lebai ialah tentang anak cucu cicit kita yang kurang penerapan ilmu keIslaman nya - akan mudah terpesong.

Cuba kita perhatikan dan buat penilaian rambang - tetang anak2 muda-mudi kita hari ini. Berapa peratus kah yang benar2 faham dan menghayat Islam. Kalau nak pasti, cuba buat tinjauwan sebelum waktu magrib. Berapa ramai anak2 muda kita bersidai di tepi2 persimpangan jalan, diwarong makan, dipasar raya dan tempat hiburan.


Mungkin anak cucu cicit Tuan Guru-Tuan Guru PAS tidak akan 'termakan' oleh dakyah ini, tetapi bagaimana pula dengan anak cucu cicit kami. Boleh kah terjamin terselamat dari dakyah ini.

Monday, January 4, 2010

PAS dan PKR terperangkap dengan isu "Allah"

Isu 'Allah' yang sedang di perbincangkan dengan hangat pada masa kini telah membuat PAS dan PKR dalam keadaan serba salah.

Nak sokong kaum kafir - pasti PAS akan kehilangan sokongan dari kaum Islam. Jika sokong kaum Islam, pasti PAS akan kehilangan sokongan dari kaum kafir.

Kini semua pemimpin PAS sedang berada dalam keadaan serba salah. Jika tersilap buat keputusan PAS akan terima bencana besar.

Sebenar nya isu ini telah timbul dengan kehendak 'Allah', menguji tentang ke ikhlasan PAS dalam membela Islam. Jika PAS benar2 membela Islam ianya harus berpendirian tegas menentang kaum kafir yang cuba merosakan akidah orang Islam. PAS tidak boleh berdolak-daleh lagi tentang isu 'Allah' ini.

PKR melalui seorang wakil nya telah menyatakan sokongan kepada pehak kafir dengan menyatakan mereka berhak mengunakan kalimah 'Allah' berdasarkan perlembagaan Persekutuan.

Cuma UMNO sahaja yang sekarang nampak ber sungguh2 berusaha menghalang kaum kafir dari mengunakan kalimah 'Allah'. Kita boleh membuat pertimbangan siapa sebenar nya pembela agama Islam di Malaysia, tidak lain tidak bukan UMNO. PAS cuma berlagak sebagai parti Islam, tetapi sedikit pun sudah tidak ada lagi jiwa Islam didalam parti PAS.

Wednesday, November 4, 2009

KERAJAAN PERPADUAN pasti akan terlaksana

UG

Kesedaran orang melayu/Islam terhadap perpaduan ummah semakin mendalam. Kini kaum melayu/Islam sudah sedar dan insaf bahawa perpecahan dalam fahaman politik melayu/Islam sangat merugikan bangsa dan agama Islam.

Hari ini kuasa politik melayu/Islam sudah berpecah tiga, UMNO, PAS dan PKR. Perpecahan ini telah melemahkan kuasa politik melayu/Islam. Jika di biarkan berterusan, akhirnya ianya akan memusnah kan kuasa politik melayu/Islam. Hilang kuasa politik, maka hilanglah kuasa memerintah. Pemimpin2 PAS juga sudah ramai sedar bahawa kaum melayu/Islam mesti bersatu dalam sebuah parti politik.

PAS sudah tidak boleh dipertaruhkan untuk menjaga dan mempertahankan kuasa politik melayu/Islam. Hubungan rapat PAS dengan DAP/PKR ini lah yang akan menyebabkan melayu/Islam hilang kuasa politiknya.

DAP parti serpihan dari PAP yang memerintah Singapura, dengan terus-terang menolak cadangan PAS untuk mengujudkan negara Islam di Malaysia. Sebenarnya DAP menyokong PAS bukan kerana PAS sebuah parti Islam, tetapi cuma untuk mendapat sokongan memperkuatkan parti DAP sahaja.

Misi DAP ini telah berjaya menawan P Pinang, kini PAS telah di pinggirkan atau tersingkir dari pentadbiran P Pinang walaupun PAS banyak membantu DAP menawan P Pinang.

Sebenarnya pemimpin2 PAS sedar perkara ini. Malangnya, kerana mahukan sokongan, PAS sanggup menerima apa2 sahaja - buruk atau baik.