Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Wednesday, November 4, 2009

KERAJAAN PERPADUAN pasti akan terlaksana

UG

Kesedaran orang melayu/Islam terhadap perpaduan ummah semakin mendalam. Kini kaum melayu/Islam sudah sedar dan insaf bahawa perpecahan dalam fahaman politik melayu/Islam sangat merugikan bangsa dan agama Islam.

Hari ini kuasa politik melayu/Islam sudah berpecah tiga, UMNO, PAS dan PKR. Perpecahan ini telah melemahkan kuasa politik melayu/Islam. Jika di biarkan berterusan, akhirnya ianya akan memusnah kan kuasa politik melayu/Islam. Hilang kuasa politik, maka hilanglah kuasa memerintah. Pemimpin2 PAS juga sudah ramai sedar bahawa kaum melayu/Islam mesti bersatu dalam sebuah parti politik.

PAS sudah tidak boleh dipertaruhkan untuk menjaga dan mempertahankan kuasa politik melayu/Islam. Hubungan rapat PAS dengan DAP/PKR ini lah yang akan menyebabkan melayu/Islam hilang kuasa politiknya.

DAP parti serpihan dari PAP yang memerintah Singapura, dengan terus-terang menolak cadangan PAS untuk mengujudkan negara Islam di Malaysia. Sebenarnya DAP menyokong PAS bukan kerana PAS sebuah parti Islam, tetapi cuma untuk mendapat sokongan memperkuatkan parti DAP sahaja.

Misi DAP ini telah berjaya menawan P Pinang, kini PAS telah di pinggirkan atau tersingkir dari pentadbiran P Pinang walaupun PAS banyak membantu DAP menawan P Pinang.

Sebenarnya pemimpin2 PAS sedar perkara ini. Malangnya, kerana mahukan sokongan, PAS sanggup menerima apa2 sahaja - buruk atau baik.

6 comments:

gotahlantun said...

salam bai,

pucuk pangkalnya orang yang dibawah inilah yang kena betul2 bersatu hati bagi mempertahankan bangsa melayu dan agama islam.
orang yang di atas mana2 yang bermasalah, pancung dan terus buang. buat yang baru dan yang terbaik.

YANG GAMBI said...

Salam bro, orang-orang Melayu sama ada dari PAS, PKR atau UMNO perlu sedar akan ini semua..... Bersatulah untuk anak cucu kita di hari depan.....

cicitHJHASSANu said...

semoga Allah memberkati doa kita...ameen.

acapo said...

ye... saya amat setuju dengan perkara ni.... umat islam mestilah bersatu kembali utk kembalikan zaman kegemilngannay

Mamak Penang said...

Salam Pak Lebai,

Orang kata "For one appears to be truth to the one may appear to be error". Orang Pas sebenarnya tidak diberi peluang kebebasan berfikir oleh pemimpin mereka. Kebebasan berfikir ini akan menjadikan kita mendapatkan kebenaran dan kemajuan dalam menuju kesatuan yang intergraf dan terhormat. Sekiranya pemimpin Pas masih menentang kebebasan ahlinya untuk berfikir bererti memperkuatkan kebatilan yang menyebarkan kegelapan parti itu di masa depan.

Anonymous said...

Untuk berjaya di Malaysia, setiap diri ahli-ahli lelaki PAS,Muslim PKR & Muslim DAP haruslah mempunyai nisbah berikut dalam diri masing-masing:

8 jam buat tugas dunia (70%makan pakai, 30% politik)

8 jam urusan keluarga, sosial(hantar anak sekolah,beli lauk, majlis ilmu di rumah, riadah, makan, tidur rehat, solat sunat dll.

8 jam urusan agama,50% dlm masjid, 50% luar masjid iaitu
( 3 jam solid dakwah tauhid kpd orang luar masjid,
2 jam majlis ilmu dlm masjid,
2 jam ibadat,doa,zikir,baca quran dlm masjid,
1 jam mesyuarat dalam masjid)

Perempuan pulak lain,.. 8jam, 8jam, 8jam, tapi hampir 90% dalam rumah.

Cuba lah nak tau,..tombang tak tombang parti sekular dan parti kafir yang lain.

Politik tu perlu tapi macam kentut yang perlu dilepaskan sahaja. Walaupun sikit 30% dari 8jam dibuat degn betul badan akan sihat segar. Yang % banyak tu kena banyakkan..Parti masing-masing akan segar bersinar.

Yahh..silakan Bismillah

PARTI CAP ANGIN