Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Monday, April 5, 2010

P94 Hulu Selangor - PKR jatuh ditimpa tangga..

Kedudukan PKR tak ubah seperti kapal yang sedang belayar dilautan bergelora, kini dengan tiba2 pula disambar petir.

P94 sebenarnya bukan milik PKR. Tiga DUN yang mewakili P94 adalah milik BN. PKR cuma memiliki P94 secara simbolik sahaja, undi protest dari UMNO. BN tidak perlu kerja keras untuk memiliki P94 semula.

Awas! undi protest PRU12 mungkin kembali jika tersalah pilih calun. Penyokong2 UMNO hari ini berlainan sifatnya, jika calun didahulukan pengundi dikemudiankan maka keputusan yang sama dengan PRU12 akan berulang kembali.

Jika tersalah percaturan, PKR akan terus berkuasa dengan majoriti yang lebih besar. PKR cuma nampak 'kacau' pada kepimpinan nya yang tidak jujur sahaja. Kini pemimpin2 nya yang tidak jujur ini semua nya sudah berada dalam UMNO. Tetapi penyokong setia mereka akan tetap kekal dalam PKR.

6 comments:

YANG GAMBI said...

Salam Lebai, kalau penyokong2 UMNO hanya memikirkan apakah hanya pilihan raya di Hulu Selangor saja, terserahlah..... tapi kalau meereka sayangkan UMNO, mereka akan memikiran juga UMNO-BN akan menghadapi pilihan raya yg paling besar di hadapan PRU ke 13.... apakah UMNO hanya mahu menang di P94 sahaja dan tidak akan mendapat keyakinan komponen di PRU13 ?

Waima siapa pun yg bakal dipilih, sikap setia kawan harus disemaikan......

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam,

Yang penting sekarang ialah masing2 benar2 akur dgn keputusan Pengerusi BN dan tidak menyimpan sebarang dendam di dalam hati.

Kita mungkin menang di Hulu Selangor tetapi PRU-13 yang lebih penting.

Semangat perpaduan amat diperlukan di dalam BN.

http://novandri.blogspot.com

Anonymous said...

salam lebai,

mana yang lebih penting?
PRK P94 ataupun PRU13???

saya menyokong penuh 2 komen diatas!

~kwn~

netifree said...

Salam,

Sorry lari topik sikit

Pembaca yang budiman... Minta tolong support malaysian search engine buatan anak tempatan di http://malaysiansearch.com dan juga boleh iklan website anda secara percuma di malaysiansearch free ads network di http://malaysiansearch.com/ads

terima kasih

cicitHJHASSANu said...

salam lebai..

Umno mati ditimpa Samy...lebai setuju?

gotahlantun said...

yang akan mengundi adalah orang P94 jadi kena dengar kata majoriti di P94. Oklah tuu...