Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Friday, May 14, 2010

Malaysia Negara Judi

SERVICE "U" UMNO-BN SMASH "S"-HARUSSANI


SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.-

Sumber : TVSelangor

4 comments:

pas kuli dap said...

Nak tanya pendpat anda semua,

Ada beza tak antara LULUS dan HALAL kan judi ?

Yang dok berjudi ni sapa ?

Kerajaan pas kelantan pun tak HARAMKAN arak diminum oleh puak kafir. malah mereka sendiri sokong melayu yang mengaku tonggang arak

Anonymous said...

Kepada pas kuli dap.

tidak perlu tanya pendapat sesiapa

Hukum yang telah ditetapkan oleh Allah tidak boleh diubah menikut keperluan atau keadaan.

Yang haram tetap haram walaupun diluluskan/dihalalkan oleh UMNO?BN

sasha2020 said...

Sebenarnya kerajaan tak pernah pun halalkan judi...!

Cuma, untuk orang yg bukan Islam, kalau nak berjudi kena bayar lesen.

Lagipun, duit dari keuntungan judi ni nanti kerajaan gunakan untuk tolong org bukan islam buat kuil, tokong, dan sebagainya.

kalau tidak, duit income tax yg kita bayar tu akan diguna untuk tolong kafir buat tokong atau kuil mereka... betul tak??

So, berfikirlah dengan waras..Judi memang tetap haram dan hukumnya adalah jelas...

Fikir fikirkan lah!!!

wakmeli said...

memang mangkuk pas kuli dap ni. nak haramkan arak dan judi diperingkat negeri bertentangan dengan kerajaan pusat dan boleh didakwa dimahkamah. sapa yg memandai luluskan lesen dulu. Kerajaan pusat yg diwakili oleh melayu islam(kononnya!) yg sepatutnya menarik smula lesen judi dan arak. Ini kerana ia boleh merosakkan institusi keluarga xkira apa2 agama dan bangsa
kpd shasha pula, orang bukan melayu islam pun bayar income tax melalui pekerjaan dan perniagaan mereka yg x bertentangan dgn agama dan duit tu boleh digunakan utk kegiatan keagaaman mereka dan aktiviti sosial mereka. bukan mengharapkan duit judi dan arak shj.
Ingat lagi ke org bukan islam diterengganu semasa pas memimpin disana, ust hj hadi awang mengasingkan duit haram drp hasil arak dan judi utk pembangunan orang bukan islam? ada kaum cina yg marah sebab mereka terima 'duit haram' drp kerajaan negeri...tau pulak marah bila dapat duit haram hasil drp perniagaan yg haram disisi agama islam....