Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Tuesday, February 15, 2011

Perjuangan PAS yang pasti akan menghancurkan kuasa melayu/Islam

Lebih 60 tahun PAS berjuang untuk menegak kan negara Islam. Berbagai taktik telah di lancarkan untuk meraih sokongan dari rakyat terutamanya melayu yang beragama Islam. Setelah gagal, PAS memberi ugutan pula kepada kaum melayu yang beragama Islam - UNDI UMNO KAFIR!

PAS telah mengsahkan bahawa parti UMNO adalah parti KAFIR kerana berjuang bersama MCA dan MIC. Dengan ertikata UMNO bersengkokol dengan kaum kafir. Istilah kafir mengafir yang di laungkan oleh PAS inilah yang telah memberi banyak kerosakan perpaduan melayu/Islam. Seterusnya PAS telah berjaya memecah belahkan kaum nya sendiri.

Pemimpin2 PAS terdiri dari orang yang berpengetahuan tinggi tentang keilmuan Islam termasuk sejarah dan hukum hakam Islam. Sepatutnya mereka sedar dan tahu mengapa kerajaan Islam di Spain runtuh setelah berkuasa memerintah selama lebih 500 tahun.

Keruntuhan kuasa Islam di Spain di sebabkan pemimpin2 Islam berpecah belah berebut kuasa untuk meluaskan jajahan masing2. Orang2 kafir telah mengambil kesempatan untuk menghancurkan kedudukan pemerintahan Islam. Satu demi satu kawasan jajahan Islam jatuh ketangan kafir. Akhirnya kuasa Islam di Spain hancur hingga kehari kiamat.

Sedari lah wahai pemimpin PAS yang budiman dan lagi bijaksana bahawa perkara yang telah berlaku kepada kerajaan Islam Spain sedang rancak berlaku di tahan air kita ini. Islam sudah mula tidak dihormati lagi oleh penduduk kafir. Orang2 Islam sudah tidak berani bersuara lantang tentang Islam kerana takut hilang sokongan dari kafir.

Sebenarnya Islam sudah hampir terpijak di bawah telapak kaki orang kafir.

Kepada kaum Islam yang benar2 cintakan agama, bangsa dan negaranya segeralah bangun bertindak sebelum terlambat. Tinggalkan perjuangan PAS yang tidak pernah memberi apa2 faedah, sebalik nya akan mendatangkan bala bencana kepada kaum melayu/Islam

Monday, February 7, 2011

Sekali lagi PAS akan di malu kan di DUN N27 Merlimau

N27 MERLIMAU
Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)
(Majoriti: 5,087 undi)

PAS masih tidak masih tidak serik setelah tumbang di N5 DUN Tenang. Sepatutnya PAS sedar diri bahawa parti itu sudah tidak diterima oleh umat Islam. DUN Tenang yang majoriti penduduknya lebih kurang sama dengan yang Islam dan bukan Islam pun PAS kalah teruk. Ini kan pula N27 DUN Merlimau yang majoriti penduduk nya kaum Islam jauh melebihi kaum bukan Islam.

Kini PAS cuma berharap sokongan dari penyokong DAP keturunan cina sahaja, sedangkan bilangan kaum cina cuma 21.11% sahaja. Harapan untuk PAS untuk menawan N27 DUN Merlimau adalah 'O', langsung tiada harapan. Untuk menjaga maruah PAS harus berundur atau serahkan kepada PKR untuk bertanding.

Kali ini penduduk Merlimau harus mengajar keangkuhan PAS dengan membuah tentangan sehingga PAS hilang wang pertaruhan nya. Perkara ini tidak mustahil untuk di laku kan kerana Melaka memang terkenal dengan kegagahan pahlawan2 nya menentang musuh di zaman Hang Tuah.

Kaum Islam harus menentang habis habisan parti PAS yang telah mengkhianati bangsa, agama dan negara kerana bersengkokol dengan DAP. Penduduk Merlimau terdiri dari 64.69% melayu/Islam berdasarkan fakta ini memang sangat tipis untuk PAS menakluki DUN Merlimau.

Thursday, February 3, 2011

N5 DUN Tenang - banyak memberi pengajaran kepada PAS

PAS harus sedar bahawa N5 DUN Tenang telah memberi amaran bahawa kaum melayu/Islam menolak PAS secara total. Selain dari itu kaum bukan melayu juga sudah hilang kepercayaan nya terhadap PAS. Kini sekali lagi PAS di uji di N27 Merlimau pula. Nampak nya PAS sudah memahami isyarat yang di berikan oleh kaum melayu/Islam di Tenang. Dengar khabarnya PAS telah memberi laluan kepada PKR untuk menjadi calun PR di Merlimau.

Jika PAS sudah kurang yakin sepatutnya PKR akan lebih tidak yakin berjaya menawan DUN Merlimau. Pakatan Rakyat cuma buang masa, tenaga dan wang ringgit sahaja. Kekalahan sudah pasti menunggu. Rakyat Melaka khasnya di DUN Merlimau sudah dan sedang menikmati banyak pembangunan dan kemajuan dalam semua hal yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan BN.

Rakyat Melaka bukan nya mudah untuk di permainkan oleh PR. Boleh dikatakan sudah tidak ada lagi isu2 yang boleh dibangkitkan untuk memancing undi supaya menyokong PR. Mereka boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Selama ini apakah jasa2 yang diterima oleh rakyat Melaka dari PR? Jawapan nya tidak ada apa2 langsung.

Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP, PAS dan PKR sedang di landa berbagai masalah. Parti yang bermasalah tidak mungkin boleh memerintah dengan baik.