Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Tuesday, April 28, 2009

N12 PENANTI

BN


Keputusan PRU12
N12 PENANTI
Jumlah Pengundi: 15,421
Peratusan Kaum: M: 72.51% C: 24.32% I: 2.43 % L: 0.57%
1. Mohamad Fairus Khairudin (PKR) (7,346)
2. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) (5,127)
Majoriti: 2,219
Jumlah undi: 12,657
Peratus mengundi: 82.08%
Undi rosak: 184
Penyandang: Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN)
(Majoriti: 667 undi)

Walaupun N12 Penanti, majoriti nya melayu, harapan BN/UMNO untuk menang mudah masih sukar lagi. Ini kerana sokongan kaum cina dan india masih lagi tertumpu kepada DAP dalam Pakatan Rakyat. Kaum cina dan india belum lagi bersedia menyokong BN/UMNO kerana beberapa perkara. Salah satu nya mereka masih lagi berada dalam sikap "menuntut", mereka tahu bahawa kerajaan yang memerintah terpaksa mengikut kehendak mereka kerana mahukan sokongan.

Kaum melayu/Islam pula sudah berpecah kepada tiga kumpulan - UMNO, PAS dan PKR. Ini lah punca kekalahan BN/UMNO pada setiap PRK diadakan di semenanjung. Pada PRK undi dari kaum melayu/Islam tidak sampai 50% walaupun majotiti kawasan itu melayu/Islam.

Sebagai contoh:-

N12 Penanti

Melayu~~~~~~~~72.51%
Cina~~~~~~~~~~24.32%
India~~~~~~~~~~2.43%
Lain2~~~~~~~~~~0.57%

Undi melayu...25.00%--PAS(PR)
.........................15.00%--PKR(PR)
Undi cina.........20.00%--DAP(PR)
Undi india..........2.00%------(PR)

Pakatan Rakyat dengan mudah boleh mendapat 62.00% undi di N12 Penanti.

Monday, April 13, 2009

PAS GILA KUASA


PAS harus sedar siapa yang dijadikan nya pakatan untuk memerintah negara.

Siapa DSAI? Tidak lain tidak bukan seorang insan yang kecewa disingkirkan keluar dari UMNO kerana sebab2 tertentu. DSAI sanggup berbuat apa saja demi kepentingan dirinya.
Semasa dalam UMNO apa yang dia tidak buat untuk meruntuhkan PAS? DSAI telah ber mati2 an berusaha meruntuhkan PAS semasa dia dalam UMNO.

DAP, walaupun sejak dari awal lagi sama2 menjadi pembangkang kerajaan, DAP tidak pernah jujur terhadap PAS. DAP cuma inginkan berkuasa sahaja, tetapi idealogi PAS tidak pernah di setujui oleh DAP. Sehinggakan president DAP YB Karpal Singh berkata, "over my dead body" jika PAS mahu tubuhkan kerajaan Islam.

Semangat UMNO (semangat rasuah, PHD) masih kuat lagi berada dalam PKR , merana mereka semuanya berasal dari keturunan darah daging UMNO.

Kejatuhan kerajaan PR di negeri Perak, 100% disebabkan kerana dua ekor beruk PKR dan se ekor tonyok DAP melompat keluar dari PR. Malangnya semua pemimpin dan ahli2 PR menyalahkan Baginda Sultan dan kerajaan yang memerintah.


Bekas ahli PKR yang lompat keluar.
(Ini lah penyebab utama kerajaan PR tumbang di negeri Perak)