Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.
Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

BN tiada masalah merampas kembali P94 Hulu Selangor dari PR.

Kekalahan BN di P 94 Hulu Selangor pada PRU 12 tidak akan berulang lagi pada PRK yang akan diadakan pada 25 April ini. Kebijaksanaan PM kita untuk mengekalkan MIC bagi merebut kembali P 94 adalah satu tindakan yang tepat.

P 94 Hulu Selangor adalah kubu kuat BN yang tidak mudah di tawan oleh pembangkang. Kemenangan PKR dengan majoriti 189 undi pada PRU 12 yang lepas se mata2 kerana calun nya yang berasal dari UMNO dan pernah menjawatan jawatan yang tinggi dalam UMNO serta telah banyak berjasa kepada penduduk Hulu Selangor.

Kini PKR sudah tiada lagi calun yang sehebat itu lagi. Calun2 yang ada dalam PKR cuma orang biasa yang tidak pernah ada berjasa kepada penduduk P 94 Hulu Selangor. Kemenangan PKR di P 94 Hulu Selangor akan tinggal menjadi sejarah yang tidak akan berulang kembali.

BN sudah pasti akan meraih se kurang2 nya 10% undi dari kaum india dan 15% dari kaum cina. Kaum melayu dari UMNO akan memberi sokongan penuh se kurang2 nya  40%, dengan perkiraan ini sudah pasti BN akan menang mudah di P 94 Hulu Selangor.

PKR hari ini sedang berada dalam keadaan kucar kacir dan tidak menentu arah tuju nya. Ramai pemimpin2 atasan nya sudah sedar dan bertindak keluar meninggalkan PKR. Penyokong2 nya dari kaum cina dan india juga sudah hilang kepercayaan nya terhadap PKR. Selama PR memerintah Selangor tidak ada langsung program2 yang di buat khas untuk kaum india.

Kaum india sedar bahawa tiada parti lain selain BN sahaja yang boleh membela masib semua kaum di Malaysia ini. BN pasti akan menang mudah dengan majoriti yang ber ganda2 lebih besar dari PRU 12 yang lepas.

Wednesday, February 10, 2010

Jangan terlalu bergembira dengan keputusan hakim mahkamah.

Gegar yang dilangsungkan di markas PAS Cenderong Balai, Teluk Intan


Sokongan kaum cina terhadap DAP adalah PADU

Dalam kita bergembira menyambut keputusan hakim mahkamah jangan kita terlupa atau terlalai bahawa terlalu banyak tugas2 berat yang menanti diatas bahu kita.

Sebenar nya, keputusan hakim yang memehak kepada kita ini cuma buat sementara sahaja. Sehingga tiba nya PRU 13, tugas berat kita ialah untuk memastikan kita boleh kekalkan dan bukti kan bahawa keputusan hakim itu benar dan tepat.

Kita sedang berhadapan dengan parti lawan yang tidak pernah kenal 'putus asa', parti lawan ini sebenar nya tidak pernah berputus asa walauapa pun bencana yang menimpa mereka. Semua peringkat petugas dan penyokong nya berkerja keras siang malam untuk menentang kita.

Petugas2 dan penyokong parti lawan ini sanggup berkerja keras TANPA sebarang upah atau imbuhan. Inilah satu perkara yang tidak terdapat dalam parti kita. Bahkan mereka sanggup berbelanja wang poket sendiri demi memperjuangkan parti mereka.

Malang nya kita masih ditakuk lama - ada wang boleh kerja, takde wang diam saja.

Lebai tidak pernah mis hadir di setiap kali ada cerama PAS@Pakatan Rakyat yang di langsungkan di kawasan Teluk Intan. Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada saja ceramah2 yang di anjurkan. Sambutan nya tak perlu Lebai cerita kan.

Kita kena terima hakikat bahawa kekuatan Pakatan Rakyat tidak serupa dengan yang gembur-gemparkan oleh media2 kerajaan kita. Sebalik nya media kita juga suka sorok kan perkara yang di pandang negetif dalam parti kita.

Cecara mudah nya kita akui, bahawa hampir 90% kaum bukan melayu/islam sudah menyokong PR, ini terbukti dalam PRU12 yang lepas. Hampir semua kawasan majoriti nya bukan melayu telah di menangi oleh PR.

Jika PR berjaya menembusi kubu BN di Sabah dan Sarawak, pasti kita mendapat bale-bencana yang amat besar.

Di kawasan majoriti melayu pula, undi ter pecah kepada tiga kumpulan. Ada melayu yang sokong UMNO, PAS dan PKR. Apabila PAS dan PKR mendapat sokongan dari bukan melayu(DAP) disini kita ada sedikit problem.

Semenja PR diujudkan, tidak ada parti mereka yang hilang wang pertaruhan setiap kali PRK atau PRU di adakan, bah kan mereka berjaya mengatasi BN. Kerajaan kini sedang sebok dengan berbagai program dan agenda untuk mengambalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan. Keberkesanan dan hasil nya belum dapat dinilai dan diketahui sehingga di adakan PRU13 nanti.

Kita berharaf semua rakyat akan sedar dan kembali menyokong sepenuh nya kerajaan yang telah banyak berjasa selama memerintah negara.

Tuesday, February 9, 2010

Pisang tidak berbuah dua kali

Allah selamatkan negeri Perak Darul Ridzuan. Kami kaum melayu/Islam berdoa agar negeri Perak Darul Ridzuan kekal di bawah pemerintahan UMNO/BN.

Kami rakyat negeri Perak benar2 terkilan semasa Pakatan Rakyat memerintah. Walaupun Menteri Besar nya dari wakil PAS, tetapi hampir semua EXCO nya dari kaum bukan Islam.

Apabila kerajaan PR tumbang, kami penduduk negeri Perak sangat gembira dan bershukur kepada Allah yang telah selamatkan kami. Hingga kini kami terus berdoa agar negeri Perak akan terus kekal dibawah perintah UMNO/BN.

Hari ini keputusan mahkamah akan di umumkan. kami sangat yakin dan pasti Allah akan bersama kami. Negeri Perak Darul Ridzuan akan tetap terus kekal di bawah perintah UMNO/BN.

Pasti doa yang benar akan dimakbul kan oleh ALLAH.

Tuesday, April 28, 2009

N12 PENANTI

BN


Keputusan PRU12
N12 PENANTI
Jumlah Pengundi: 15,421
Peratusan Kaum: M: 72.51% C: 24.32% I: 2.43 % L: 0.57%
1. Mohamad Fairus Khairudin (PKR) (7,346)
2. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) (5,127)
Majoriti: 2,219
Jumlah undi: 12,657
Peratus mengundi: 82.08%
Undi rosak: 184
Penyandang: Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN)
(Majoriti: 667 undi)

Walaupun N12 Penanti, majoriti nya melayu, harapan BN/UMNO untuk menang mudah masih sukar lagi. Ini kerana sokongan kaum cina dan india masih lagi tertumpu kepada DAP dalam Pakatan Rakyat. Kaum cina dan india belum lagi bersedia menyokong BN/UMNO kerana beberapa perkara. Salah satu nya mereka masih lagi berada dalam sikap "menuntut", mereka tahu bahawa kerajaan yang memerintah terpaksa mengikut kehendak mereka kerana mahukan sokongan.

Kaum melayu/Islam pula sudah berpecah kepada tiga kumpulan - UMNO, PAS dan PKR. Ini lah punca kekalahan BN/UMNO pada setiap PRK diadakan di semenanjung. Pada PRK undi dari kaum melayu/Islam tidak sampai 50% walaupun majotiti kawasan itu melayu/Islam.

Sebagai contoh:-

N12 Penanti

Melayu~~~~~~~~72.51%
Cina~~~~~~~~~~24.32%
India~~~~~~~~~~2.43%
Lain2~~~~~~~~~~0.57%

Undi melayu...25.00%--PAS(PR)
.........................15.00%--PKR(PR)
Undi cina.........20.00%--DAP(PR)
Undi india..........2.00%------(PR)

Pakatan Rakyat dengan mudah boleh mendapat 62.00% undi di N12 Penanti.