Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Thursday, February 3, 2011

N5 DUN Tenang - banyak memberi pengajaran kepada PAS

PAS harus sedar bahawa N5 DUN Tenang telah memberi amaran bahawa kaum melayu/Islam menolak PAS secara total. Selain dari itu kaum bukan melayu juga sudah hilang kepercayaan nya terhadap PAS. Kini sekali lagi PAS di uji di N27 Merlimau pula. Nampak nya PAS sudah memahami isyarat yang di berikan oleh kaum melayu/Islam di Tenang. Dengar khabarnya PAS telah memberi laluan kepada PKR untuk menjadi calun PR di Merlimau.

Jika PAS sudah kurang yakin sepatutnya PKR akan lebih tidak yakin berjaya menawan DUN Merlimau. Pakatan Rakyat cuma buang masa, tenaga dan wang ringgit sahaja. Kekalahan sudah pasti menunggu. Rakyat Melaka khasnya di DUN Merlimau sudah dan sedang menikmati banyak pembangunan dan kemajuan dalam semua hal yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan BN.

Rakyat Melaka bukan nya mudah untuk di permainkan oleh PR. Boleh dikatakan sudah tidak ada lagi isu2 yang boleh dibangkitkan untuk memancing undi supaya menyokong PR. Mereka boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Selama ini apakah jasa2 yang diterima oleh rakyat Melaka dari PR? Jawapan nya tidak ada apa2 langsung.

Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP, PAS dan PKR sedang di landa berbagai masalah. Parti yang bermasalah tidak mungkin boleh memerintah dengan baik.