PKR akan menerima ujian yang paling besar di P94 Hulu Selangor. Bedasarkan komposisi bilangan kaum di P94 sangat sesuai untuk menentukan sama ada PKR masih kuat atau pun BN/UMNO sudah pulih.
BN tidak akan menghadapi masalah besar untuk merampas kembali P94 dari pembangkang. Kini kedudukan BN sedang berada kembali kelandasan nya. Boleh lah dikatakan BN sudah boleh diterima oleh semua kaum.
Ada kemungkinan besar Pakatan Rakyat tidak meletak kan calun dari PKR, sebalik nya PR akan meletakan calun dari PAS pula. Keadan buruk yang sedang berlaku dalam PKR akan mengundang malang jika PKR masuk bertanding.
Bagi BN pula, jika P94 dikekalkan kepada MIC, ada kemungkinan sejarah lama akan berulang. BN lebih selamat jika P94 diserahkan kepada UMNO. Harapan untuk menang lebih cerah jika calun UMNO di beri peluang bertanding di P94.
Kekuatan PR tidak boleh dipandang remeh. Sokongan kaum bukan melayu terhadap PR masih lagi kuat. Jika 20% sahaja kaum melayu memehak kepada PR, pasti BN akan kecundang sekali lagi.
Jika di analisa pada keputusan PRU12, ada kemungkinan BN akan dapat merampas kembali P94 dengan majoriti yang lebih besar.
