Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Tuesday, March 3, 2009

PAS TERPESONG

Gambar hiasan

Sudah sekian lama PAS telah berhenti melaungkan 'Negara Islam' nya. PAS tidak dapat lagi melaungkan 'Negara Islam' semenjak mendapat kemenangan besar pada PRU12 yang lepas. Kemenangan besar PAS ini lah yang telah membisukan PAS dari melaungkan 'Negara Islam' nya. Apa tidak nya, kemenangan PAS telah di bantu oleh kaum kafir yang anti Islam. Mengapa kaum kafir yang anti Islam ini menyokong PAS?
Jawapan nya lebai serah kan kepada pembaca untuk menjawab nya.

PAS terlalu gembira dengan sokongan kaum kafir ini, hinggakan baru2 ini PAS menyatakan kaum kafir ini telah 'banyak faham dan mengemari Islam'. Tetapi malang nya PAS masih lagi tidak mahu dan takut melaungkan 'Negara Islam' nya. - Takut hilang sokongan?

PAS juga telah nampak bersetuju perkataan 'ALLAH' di gunakan dalam akhbar dan bahan2 bercetak oleh kristian, walaupun ada ulamak lain yg tidak bersetuju. Lebai tidak dapat memberi ulasan lanjut dalam perkara ini, kerana pemimpin2 PAS lebih arif tentang agama Islam.

Bagaimana pendapat anda pula?


1 comment:

Alias Mohd Yusof said...

Kita kena kecilkan bilangan musuh kita bukan menambah bilangan musuh.