Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Friday, July 31, 2009

Tegas Menangani Demonstrasi Haram



Pehak berkuasa harus bertindak tegas dalam menangani sebarang demonstrasi haram. Jika ianya dibiarkan tanpa tindakan tegas yang berkesan, mungkin asalnya kudis dan akan menjadi tokak, dan sukar di ubati.

Kita kena ambil contoh seperti apa yang berlaku dinegara2 jiran kita, terutamanya Thailand. Negara menjadi huru-hara dibuat oleh demonstrasi haram.

Kerajaan sepatutnya menangkap dan menahan semua pemimpin2 yang terlibat merancang dan menghasut rakyat supaya berdemonstrasi secara haram. Kenakan tuduhan dibawah akta hasutan dan mengancam keamanan negara - ISA

Disini lah bukti bahawa ISA itu sangat berguna untuk menjaga dan mengekalkan keamanan negara.

Pegawai2 dan kakitangan kerajaan yang terlibat atau tertangkap harus dikenakan tindakan tatatertib penjara, denda dan buang kerja. Orang2 awam yang bukan kakitangan kerajaan patut dikenakan hukuman penjara minima 3 bulan dan denda RM3000 atau penjara 6 bulan.

Jika kerajaan berbuat demikian, negara akan kekal aman dari gangguan petualang2 jahat yang sentiasa berniat untuk menjahanam kan kerajaan dan menyusahkan rakyat.

Saturday, July 25, 2009

PAS yang taksub kepada DAP

Makin sehari semakin nampak jelas PAS bertambah taksub kepada DAP. Seninggakan ada ahli PAS yang sudah beranggapan 'PAS itu DAP, DAP itu PAS!' Tetapi malangnya, DAP tidak pernah beranggapan begitu, sebaliknya mereka tetap berkata bahawa DAP itu tetap DAP.

Baru2 ini berlaku kematian seorang pegawai khas kepada EXCO DAP Selangor - lihat bagaimana PAS bersimpati, hingga ada yang sanggup ikut 'sembahyang mayat' mendiang itu. Berteriak sana sini kunun untuk menuntut keadilan.

Kematian misteri seorang 'siswazah wanita' di sebuah University tidak pernah PAS buat macam kematian pewawai khas EXCO DAP itu. Wanita itu rakyat negeri Kelantan pula. Mengapa PAS bersikap talam dua muka dalam hal ini.

Sebagai bukti yang jelas dan nyata kepada apa yang telah berlaku di Kedah. Kerajaan Tempatan cuma runtuhkan "rumah potong babi" sahaja. Lihat betapa bengkengnya DAP terhadap PAS, terus keluar Pakatan Rakyat. Kesian tengok MB PAS, terus dia pergi mengadap 'mencemar duli' kepada 'raja DAP' LKS untuk berunding dan memohon ampun dan maaf jika ada melaku kan kesalahan menyinggung hati dan perasaan DAP.

Sekarang DAP Kedah sudah ada pengiktirapan dalam pentadbiran di Kedah. Segala apa perubahan dibuat mesti bincang sama DAP dulu.

Berlainan pula di P Pinang, ada seorang ADUN PAS - jadi 'tunggul kayu reput', langsung tidak berguna.

Jika inilah caranya sikap PAS, tidak mistahil PAS akan menjadi parti 'tumpangan' sahaja dalam Pakatan Rakyat.

Friday, July 17, 2009

Kuasa Politik dan Kuasa Ekonomi


Harapan Penyokong PAS.

Orang melayu perlu sedar, selama lebih 60 tahun selepas merdeka , walaupun dengan berbagai cara dan usaha dilakukan oleh pemimpin UMNO tetapi malangnya kaum melayu masih tidak dapat menandingi berkuasa ekonomi kaum cina.

Usaha ini masih diteruskan untuk membantu orang2 melayu menguasai dalam bidang ekonomi. Sebenarnya kaum cina walau dimana sahaja mereka berada mereka menguasai ekonomi negara itu. Sebagai contoh di Thailand, Indonesia, Philipin dan dikebanyakan negara di Tenggara Asia kaum cina telah menguasai ekonomi nya.

Di negara2 tersebut kaum cina ini cuma menguasai bidang ekonomi sahaja. Tetapi mereka tidak diberi peluang berkuasa dalam bidang politik. Berlainan pula dengan Malaysia, kaum cina diberi peluang untuk menguasai bidang politik pula.

Jika kaum cina sudah berkuasa dalam bidang ekonomi dan berkuasa pula dalam bidang politik, apa yang ada tinggal untuk orang melayu? Sedangkan kedua2 kuasa inilah yang akan menentukan siapa yang berkuasa memerintah negara.

UMNO bukan lah parti yang sangat baik, se tidak2 nya sudah berjaya mempertahankan kuasa politik melayu selama lebih 60 tahun.

Tuesday, July 14, 2009

Kemenangan PAS di Manik Urai buktikan kuasa kaum kafir.......65 undi sahaja dari kaum kafir.


Naga Cina(menelan bulan)

Hari ini kita telah saksikan bahawa kaum kafir telah berjaya meletak kan posisinya dalam politik tanah air di tempat yang sangat istiimewa sekali.

Kaum kafir ini telah menjadi 'superstar' rebutan diantara PAS dan UMNO. PAS menjadi idola yang sangat bertuah kerana telah mendapat tempat dihati kaum kafir ini. UMNO kena bayar harga yang sangat mahal untuk memujuk kaum kafir ini supaya berada di hati UMNO.

Permainan politik bijak oleh kaum kafir ini telah menghakis kuasa politik melayu. Mereka pasti berjaya dengan misinya berkat dari pertolongan PAS dan PKR. Kemunculan Lee Kuan Yew bertemu dengan pemimpin2 Pakatan Rakyat ada hubungkait dengan kejayaan DAP menambat hati PAS dan PKR.

Orang melayu harus ingat siapa itu Lee Kuan Yew, apa hubungannya dengan Lim Kit Siang dan apa hubungan DAP dengan PAP. LKY telah berjaya menghapuskan 100% kuasa politik melayu di Singapura. Sekarang sudah mula meresap ke Tanah Melayu pula.

Orang melayu kena segera sedar dan berusaha menentang DAP dan menolak PAS dan PKR yang bersengkokol dengan DAP.


Tuesday, July 7, 2009

Pakatan Rakyat Retak Tunggu Berderai






Tuesday, July 7, 2009

MB Kedah bincang dengan DAP di KL esok

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan bertemu dengan pemimpin DAP termasuk penasihatnya Lim Kit Siang esok bagi membincangkan krisis antara PAS dan DAP di Kedah.

Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, pertemuan itu akan diadakan di pejabat milik anak syarikat kerajaan negeri Kedah di jalan Yap Kwang Seng jam 3 petang esok.

Pertemuan ini diadakan ekoran tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, yang membuat pengumuman DAP keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Langkah ini diambil ekoran rasa tidak puashati mereka terhadap langkah kerajaan negeri Kedah pimpinan Azizan yang tidak menghalang perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kampung Berjaya, Alor Setar 1 Julai lalu.

Sebelum itu, MBAS telah mengeluarkan notis kepada pusat penyembelihan itu agar ia dirobohkan kerana membebaskan bahan buangan tanpa kawalan.

Antaranya memasukkan sisa penyembelihan dan pemerosesan babi dalam tong sampah biasa MBAS di samping membuang sisa babi ke dalam sungai berdekatan. Pusat itu juga mengeluarkan bau yang busuk terutama selepas hujan.

Persatuan Penyembelihan dan Perniagaan Babi yang menguruskan pusat itu merayu MB Kedah agar memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mencari tempat yang baru.

Ekoran itu, pejabat MB Kedah telah meminta MBAS meluluskan rayuan itu dan memberikan tempoh sebulan yang diminta itu.

Menurut DAP, enam tempat telah dicadangkan untuk menjadi ganti kepada pusat itu namun tidak mendapat kelulusan dari kerajaan. Kerajaan negeri pula mencadangkan Kampung Cina Pendang sebagai ganti namun pihak berkuasa tempatan menolaknya.

Di samping Kampung Berjaya, babi juga disembelih di dua tempat lagi di Kedah iaitu di Simpang Empat, Kangkong dan Tunjang.

Pada 26 Jun, persatuan telah menghentikan kegiatan mereka di pusat itu. Pada 1 Julai, ia telah dirobohkan oleh MBAS selepas tempoh sebulan tamat pada 30 Jun.

Namun, DAP dan Gerakan membantahnya dengan alasan kerajaan negeri tidak sensitif dengan keperluan orang bukan Islam.

Lalu Pengerusi DAP Kedah/Perlis mengambil keputusan keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Namun, bagi Azizan, kenyataan itu tidak muktamad kerana beliau tidak menerima sebarang surat dari DAP.

Pertemuan esok dijangka akan membincangkan isu ini dan menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka melalui perundingan.

Petikan dari: Siasahdaily.blogspot.com

Sekarang rakyat boleh berfikir dengan logik, Siapa kuasai siapa, atau sama2 berkuasa.

Di Perak, PAS terang dan nyata mengikut telunjuk DAP.

Sekarang di Kedah pula PAS di bawah telunjuk DAP. Erti kata PAS tidak ada kuasa mutlak sendiri untuk berbuat sesuka hati.

PAS mesti perlu mendapat restu dari DAP sebelum berbuat sesuatu.

PAS nampak jelas dan nyata sangat bergantung haraf ehsan dari DAP.

PAS tidak bermakna apa2 jika tidak mendapat sokongan dari DAP dan PKR. PAS sebuah parti yang sangat lemah tanpa bantuan DAP dan PKR.

Jika Pakatan Rakyat berkuasa, PAS cuma menjadi parti 'pencacai' sahaja.