Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Thursday, March 19, 2009

RIWAYAT KERETA TUA















UMNO sudah jadi sebuah kereta klasik atau vantage (kereta tua). Kereta ini pada satu masa dahulu dipandu dan di mantain oleh formen2 yang mahir, ianya sentiasa berjalan lancar tanpa masalah. Maklumlah pada masa itu ianya kereta baru dizaman nya. Walaupun pemandu2 dan crew2 yang mantain kereta kereta tua ini silih berganti, ianya tetapi berjalan lancar juga.

Tetapi malangnya pada hari ini, kereta tua ini berada pula ditangan pemandu dan crew2 formen yang tidak mahir, pemandunya selalu lalai dan tertidur menyebabkan kereta tua ini kerapkali kemalangan. Kemalangan yang paling teruk ialah pada PRU12 yang lepas. Hampir kena 'write-off' - timbang kilo jual keling botol.

Selepas kemalangan yang paling dashat itu, pemandu dan semua formen2 nya cuba recon semula kereta tua ini supaya dapat terus digunakan. Malang seribukali malang tiada formen yang cukup mahir lagi untuk membaiki kereta tua ini.

Nampak gayanya pada PRU13 nanti kereta tua ini akan digantikan dengan kereta baru yang lebih baik.

Tuesday, March 10, 2009

PAS UNTUK SEMUA




















Sudah dua kali PRK dia adakan, ke dua2 kali BN kecundang.

Kerajaan BN akan terus terpinggir dan di sisih oleh rakyat. Yang tinggal menyokong kuat BN cuma yang ada 'kepentingan' diri sahaja. Rakyat yang sedar kepincangan dan keburukkan BN akan terus menolak nya. BN sudah terlalu buruk pada pandangan mata rakyat biasa yang dan tiada 'berkepentingan' dalam BN.

Kaum bukan melayu sudah hampir 90% tidak menyokong BN, mereka telah berdiri teguh di belakang DAP atau PKR. Kaum melayu pula hampir 50% atau lebih telah berada dalam PAS atau PKR. Ini lah yang akan menyukarkan BN untuk menang sama ada pada PRK atau PRU . Sebagai contoh yang paling baik ialah di Kuala Terengganu, walaupun bilangan melayu nya melebehi 70% BN mengalami kekalahan.

Di Bukit Gantang BN akan menghadapi lebih kesukaran untuk menang. Melayu 65.5%, Cina 27.1%, India 9.1% dan lain2 bangsa 0.3%. Undi dari kaum Cina dan India akan berpehak kepada PAS iaitu sebanyak lebih kurang 30%. Ini bermakna PAS cuma perlukan 25% sahaja undi dari kaum Melayu.

Perkara yang sama juga tidak mustahil akan berlaku di Bukit Selambau dan di Batang Ai.
Pada pendapat lebai, Pakatan Rakyat akan dapat berkuasa jika dapat berkerjasama sedemikian hingga ke PRU13 nanti. TAPI malang nya dalam PR ada banyak 'katak2' yang mudah melompat keluar jika nampak 'lalat dan cacing' umpan dari UMNO.

Thursday, March 5, 2009

Lagi Isu pengunaan "Allah" bagi penganut agama kristian

Aktivis gereja lancar kempen tandatangan isu 'Allah'
Joe Fernandez | Mar 5, 09 12:38pm
Para aktivis gereka Sabah yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian dalam sembahyang, doa, nyanyian dan dalam bahan cetak.

Para aktivis gereka Sabah yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian dalam sembahyang, nyanyian dan dalam bahan cetak.

Jeffrey Kitingan and Ronnie Klassen"Kempen ini akan diadakan selama sehingga 29 Mac dan semua orang, tidak kira agama mereka, boleh menurunkan tandatangan bagi menyokong kempen tersebut," kata Jeffrey dalam sidang akhbar di kediamannya di Kota Kinabalu.

Kempen tandatangan tersebut juga, katanya, boleh diakses secara online melalui www.PetitionOnline.com/sabahan/petition.html.

"Kita akan menyerahkan satu memorandum bersama dengan tandatangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya," katanya.

Beliau juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menjelaskan amarannya baru-baru ini bahawa mereka (penganut Kristian) yang menggunakan perkataan Allah dalam bahan cetak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bukannya di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Jeffrey - adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan - juga merupakan naib presiden PKR dan pengerusi Borneo Heritage Foundation.

Penganjur bersama Ronnie Klassen, seorang ahli perniagaan, menyuarakan keyakinannya bahawa versi online kempen tandatangan itu akan menarik sokongan dari Vatican dan masyarakat antarabangsa.

dipetik dari: malaysiakini.com

Tuesday, March 3, 2009

Kerajaan Pasir Dua Butir


Nampak nye kerajaan 'Pasir Dua Butir' akan terus bertahta di bawah pokok buat selama lama nya.

Tunggu sampai pokok tu tumbang agak nya.

PAS TERPESONG

Gambar hiasan

Sudah sekian lama PAS telah berhenti melaungkan 'Negara Islam' nya. PAS tidak dapat lagi melaungkan 'Negara Islam' semenjak mendapat kemenangan besar pada PRU12 yang lepas. Kemenangan besar PAS ini lah yang telah membisukan PAS dari melaungkan 'Negara Islam' nya. Apa tidak nya, kemenangan PAS telah di bantu oleh kaum kafir yang anti Islam. Mengapa kaum kafir yang anti Islam ini menyokong PAS?
Jawapan nya lebai serah kan kepada pembaca untuk menjawab nya.

PAS terlalu gembira dengan sokongan kaum kafir ini, hinggakan baru2 ini PAS menyatakan kaum kafir ini telah 'banyak faham dan mengemari Islam'. Tetapi malang nya PAS masih lagi tidak mahu dan takut melaungkan 'Negara Islam' nya. - Takut hilang sokongan?

PAS juga telah nampak bersetuju perkataan 'ALLAH' di gunakan dalam akhbar dan bahan2 bercetak oleh kristian, walaupun ada ulamak lain yg tidak bersetuju. Lebai tidak dapat memberi ulasan lanjut dalam perkara ini, kerana pemimpin2 PAS lebih arif tentang agama Islam.

Bagaimana pendapat anda pula?