Sahabat Lebai

Islam wajib bersatu

Kita banyak menyaksikan kekejaman kaum kafir terhadap umat Islam di serata dunia.

Mengapa umat Islam masih tidak mahu insaf dan bersatu demi perpaduan umah.

Selagi umat Islam berpercah belah, selagi itu lah kaum kafir mengambil kesempatan menindas umat Islam.

Bersatu lah umat Islam sebelum kehilangan kuasa politik dan kuasa memerintah.

Friday, March 26, 2010

Kedudukan PKR semakin terancam...............

PKR akan menerima ujian yang paling besar di P94 Hulu Selangor. Bedasarkan komposisi bilangan kaum di P94 sangat sesuai untuk menentukan sama ada PKR masih kuat atau pun BN/UMNO sudah pulih.

BN tidak akan menghadapi masalah besar untuk merampas kembali P94 dari pembangkang. Kini kedudukan BN sedang berada kembali kelandasan nya. Boleh lah dikatakan BN sudah boleh diterima oleh semua kaum.

Ada kemungkinan besar Pakatan Rakyat  tidak meletak kan calun dari PKR, sebalik nya PR akan meletakan calun dari PAS pula. Keadan buruk yang sedang berlaku dalam PKR akan mengundang malang jika PKR masuk bertanding.

Bagi BN pula, jika P94 dikekalkan kepada MIC, ada kemungkinan sejarah lama akan berulang. BN lebih selamat jika P94 diserahkan kepada UMNO. Harapan untuk menang lebih cerah jika calun UMNO di beri peluang bertanding di P94.

Kekuatan PR tidak boleh dipandang remeh. Sokongan kaum bukan melayu terhadap PR masih lagi kuat. Jika 20% sahaja kaum melayu memehak kepada PR, pasti BN akan kecundang sekali lagi.

Jika di analisa pada keputusan PRU12, ada kemungkinan BN akan dapat merampas kembali P94 dengan majoriti yang lebih besar.

4 comments:

Anonymous said...

Dalam senario sekarang jika PAS bersetuju untuk meletakkan calunnya, maka itu satu tindakan yang kurang bijak. Nampak sangat PAS menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP. PKR nak main selamat, jika calun PAS kalah maka impak kepada PKR tidak ketara, yang nampak bodoh sudah semestinya PAS. Ini lah masanya bagi PAS boleh mengukur kekuatan PKR dengan membiarkan PKR bertanding dikerusi tersebut.

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Sokong bro, PKR pasti tidak berani untuk meletakkan calon mereka untuk PRK Hulu Selangor ini nanti. Calon yang sebelum ini boleh menang pun sebab asalnya pernah berjuang dalam parti UMNO dan orang tempatan kenal dengan Allahyarham.

Tetapi PRK kali ini sama sekali berlainan dengan PRU-12 yang lalu, ditambah lagi dengan 'dosa-dosa' pemimpin PKR seperti Khalid Gagap pasti akan menyebabkan parti Pengencing Rakyat kalah teruk semasa pilihanraya nanti.

Jadi untuk menyelamatkan maruah yang kian punah di mata masyarakat, mereka PASTI akan memilih calon dari kalangan puak hamPAS sebagai calon 'payung terjun' kali ini. NAMUN BEGITU KEKALAHAN TETAP AKAN MELANDA PARTI hamPAS INI.

Oleh demikian, mereka PASti akan memainkan taktik2 samseng dengan membuat huruhara dalam siri2 ceramah mereka.... kita lihat sahaja la nanti samaada ini akan jadi benar atau tidak. Pembohongan demi pembohongan mereka (Pengencing Rakyat) semakin hari semakin terbongkar, jadi untuk menutup pembohongan itu, mereka akan mengada-adakan pembohongan (isu) lain pula.

Yang jelas, kalau boleh mereka mahu rakyat tempatan yang menyokong BN takut untuk keluar mengundi pada PRK akan datang. Tapi tindakan mereka itu hanya akan membawa padah kepada parti Pengencing Rakyat sahaja.

PAS 4 ALL = PISS 2 ALL

YANG GAMBI said...

Setuju dengan 2 komen di atas.....

Tapi kawan musykil juga, mengapa PRU12 calon BN kalah, sedangkan 3 DUN BN menang....

cicitHJHASSANu said...

salam lebai..

Mca telah mendapat 'mood' baru dlm pemilihan mereka bebaru...

apakata calon dari Mca mewakili BN?mungkin dengan semangat 0ne M'sia mereka berjaya?

kaum cina melebihi komposisi kaum india,jadi logiknya Mca lebih berhak..

Umno tak akan dapat meletakkan calonnya kerana telah ada persefahaman lalu.Dato Palanival org kuat Dato Samy.

Umno perlu memainkan isu untuk meletakkan calonnya agar org melayu mampu menaikkan semangat mereka untuk mengundi Bn.

Umno mungkin kehilangan undi kaum India kerena mereka telah memberi 'sokongan' yang solid selepas makhal sakti menjadi komponen Bn.

Pakatan Rakyat memang tidak menghadapi masalah besar untuk meletakkan calon mereka kerana ramai yang berkaliber.jika mereka meletakkan calon dari Dap,Pakatan Rakyat tetap akan menang bergaya..

sekadar pandangan...tq SPR