
Ini telah terbukti nyata pada PRU12 yang lepas, PAS cuma meraih sokongan undi sebanyak lebih kurang 15% sahaja termasuk dari sokongan PKR dan DAP. Jika di kira undi dari sokongan melayu/Islam ianya cuma lebih kurang 10% sahaja.
Oleh itu PAS tidak perlu berasa bangga, sombong dan keras kepala. Jika sekiranya PR berjaya memerintah negara, PAS cuma akan menjadi bola mainan bagi PKR dan DAP sahaja.
Kita telah saksikan bagaimana DAP dan PKR telah laku kan kepada PAS di P Pinang, Selangor dan Perak. Perak bernasib baik kerana terselamat dari pemerintahan PR.
PAS tidak ujud dalam pemerintahan PR di P Pinang. Sebenarnya P Pinang di perintah oleh DAP. Bukan PR. Di Selangor, walaupun ujud PR, tetapi suara PAS telah di bisukan oleh PKR dan DAP.
Di Perak, PAS cuma ada seorang EXCO sahaja dalam DUN. Apa sangat lah suara seorang PAS berbanding 7 DAP dan 3 PKR. PAS cuma boleh angguk2 dan geleng2 sahaja bila berada dalam persidangan.
Jika perkara yang sebegini berlaku di peringkat kerajaan pusat, orang melayu/Islam pasti akan menerima padah yang paling buruk.
Melayu/Islam perlu bersatu sebelum terlambat.