Tuesday, July 7, 2009
MB Kedah bincang dengan DAP di KL esok
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan bertemu dengan pemimpin DAP termasuk penasihatnya Lim Kit Siang esok bagi membincangkan krisis antara PAS dan DAP di Kedah.Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, pertemuan itu akan diadakan di pejabat milik anak syarikat kerajaan negeri Kedah di jalan Yap Kwang Seng jam 3 petang esok.
Pertemuan ini diadakan ekoran tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, yang membuat pengumuman DAP keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.
Langkah ini diambil ekoran rasa tidak puashati mereka terhadap langkah kerajaan negeri Kedah pimpinan Azizan yang tidak menghalang perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kampung Berjaya, Alor Setar 1 Julai lalu.
Sebelum itu, MBAS telah mengeluarkan notis kepada pusat penyembelihan itu agar ia dirobohkan kerana membebaskan bahan buangan tanpa kawalan.
Antaranya memasukkan sisa penyembelihan dan pemerosesan babi dalam tong sampah biasa MBAS di samping membuang sisa babi ke dalam sungai berdekatan. Pusat itu juga mengeluarkan bau yang busuk terutama selepas hujan.
Persatuan Penyembelihan dan Perniagaan Babi yang menguruskan pusat itu merayu MB Kedah agar memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mencari tempat yang baru.
Ekoran itu, pejabat MB Kedah telah meminta MBAS meluluskan rayuan itu dan memberikan tempoh sebulan yang diminta itu.
Menurut DAP, enam tempat telah dicadangkan untuk menjadi ganti kepada pusat itu namun tidak mendapat kelulusan dari kerajaan. Kerajaan negeri pula mencadangkan Kampung Cina Pendang sebagai ganti namun pihak berkuasa tempatan menolaknya.
Di samping Kampung Berjaya, babi juga disembelih di dua tempat lagi di Kedah iaitu di Simpang Empat, Kangkong dan Tunjang.
Pada 26 Jun, persatuan telah menghentikan kegiatan mereka di pusat itu. Pada 1 Julai, ia telah dirobohkan oleh MBAS selepas tempoh sebulan tamat pada 30 Jun.
Namun, DAP dan Gerakan membantahnya dengan alasan kerajaan negeri tidak sensitif dengan keperluan orang bukan Islam.
Lalu Pengerusi DAP Kedah/Perlis mengambil keputusan keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Namun, bagi Azizan, kenyataan itu tidak muktamad kerana beliau tidak menerima sebarang surat dari DAP.
Pertemuan esok dijangka akan membincangkan isu ini dan menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka melalui perundingan.
Sekarang rakyat boleh berfikir dengan logik, Siapa kuasai siapa, atau sama2 berkuasa.
Di Perak, PAS terang dan nyata mengikut telunjuk DAP.
Sekarang di Kedah pula PAS di bawah telunjuk DAP. Erti kata PAS tidak ada kuasa mutlak sendiri untuk berbuat sesuka hati.
PAS mesti perlu mendapat restu dari DAP sebelum berbuat sesuatu.
PAS nampak jelas dan nyata sangat bergantung haraf ehsan dari DAP.
PAS tidak bermakna apa2 jika tidak mendapat sokongan dari DAP dan PKR. PAS sebuah parti yang sangat lemah tanpa bantuan DAP dan PKR.
Jika Pakatan Rakyat berkuasa, PAS cuma menjadi parti 'pencacai' sahaja.
3 comments:
SALAM LEBAI, PERCAYA TAK ESOK LEPAS BINCAN MEREKA BERDUA AKAN COMOLOT PUNYA!
INI SEMUA MAINAN UNTUK PILIHANRAYA JE TUAN! AKU NAK TENGOK KALI INI KALAU AZIZAN BOLEH BUKTIKAN KATA KATA DIA!
Hey bro mangkuk dan Parpu ini Politik ma, apa kurang Gerakan dgn MCA dlm BN tu, mcm2 dia org mintak dari UMNO, kuota bumiputera ape cerita bro.. 30% mcm mana,
Wa ada satu cadangan, apa lu punya pandangan kalau DAP terpikat dgn BN, lu boleh terima dia org x... ini politik bro.. lu jgn silap, ini bkn thn 1960...
bab berbeza pandangan soal kedua. yang utamakan tolong menolong. jadi kalau nak selamatkan blog anda dari di delete secara otomatik oleh Google baik ikut nasihat ini. lawati blog saya segera. tq.http://arifomar.blogspot.com/2009/07/selamatkan-blog-anda-ambil-tindakan.html
Post a Comment